Adakah Permohonan Maaf Hotel Legoland Diterima Oleh Nora Danish?

Hotel Legoland Mohon Maaf Secara Peribadi Kepada Nora | Adakah Permohonan Maaf Hotel Legoland Diterima Oleh Nora Danish? - Assalamualaikum, Kejadian Nora Danish Mengamuk Di Instagram akibat kerosakan lif  di Hotel Legoland yang menyebabkan dia terperangkap selama sejam dalam lif tersebut.

hotel legoland, mohon maaf, minta maaf


Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja, pihak Hotel Legoland Malaysia Resort juga telah memohon maaf secara peribadi selepas terjadinya insiden tersebut. Jadi, permohonan maaf mereka diterima oleh Nora Danish sebab tiada apa-apa status terbaru pun dari dia jika dia enggan menerima maaf.

Deviga menambah, kejadian tersebut berlaku akibat kegagalan teknikal lif tersebut. Lif tersebut dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.

Kini, pihak hotel bekerjasama dengan syarikat lif terbabit, Antah Schindler Sdn Bhd  dalam menyelesaikan masalah teknikal lif yang menyebabkan kerosakan tersebut.

Selain itu, pihaknya juga sedang menyiasat dengan lebih mendalam dakwaan yang dibuat oleh Nora Danish dalam akaun Instagram dia..

Sebelum ini, Nora Danish telah memuat naik gambar kejadian dia terperangkap dalam lif bersama kakaknya, Nadya, rakan baiknya, Zareema Zainal dan seorang pengawal peribadi mereka terperangkap selama sejam.

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous August 19, 2014
Sepatutnya Nora tak marahkan pihak hotel, tapi pihak selenggara lif tersebut yang salah. Antah Schinler yang sepatutnya disalahkan!

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.