5 Maksiat Lumrah Di Aidilfitri - Assalamualaikum, hari ni nak bagitau sikit yang kita selalu buat silap atau tak tahu atau tak sengaja berbuat maksiat yang dinyatakan di bawah. Moga-moga Aidilfitri akan datang perkara sebegini tak akan berulang lagi. Rugi la dalam tak sedar dapat dosa.
1) Aurat
Tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sama ada tetamu ataupun tuan rumah maka adat bersalam salaman antara yang bukan mahram ini kekadang menjadi kebiasaan. Atas alasan "hari raya apa salahnya...kita nak bermaafan je pun..".
2) Tinggal Solat
Solat fardhu tidak terjaga. Usahkan untuk solat fardhu berjemaah bahkan untuk menjaga solat fardhu di musim perayaan ini agak sukar. Apatah lagi sibuk menguruskan persiapan untuk rumah terbuka. Sibuk memasak, menghidang, melayan dan menyambut tetapi biasanya waktu yang sering menjadi 'mangsa' ialah solat Zohor dan Asar. Akan terlewat bahkan ada yang terluput waktu baru menyedari kefardhuan Allah itu masih belum tertunai. Bukankah sepanjang Ramadhan lalu semua lima waktu kita akan pastikan untuk menunaikannya dengan berjemaah dan dilakukan di awal waktu.
3) Makanan Yang Terlampau Banyak
Pembaziran dalam menjamu selera. Samaada bagi pihak tuan rumah yang menyediakan juadah makanan yang terlampau banyak ataupun bagi tetamu yang mengambil makanan dengan banyak hingga tidak termampu untuk dihabiskan lalu bakinya akan ke tong sampah. Lupa mereka ini kepada nasib golongan fakir miskin lain yang tidak dapat makan. Lupa nasib yang menimpa saudara kita di Gaza yang kekurangan bekalan makanan.
4) Sibuk Dengan Gajet
Tujuan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung ialah untuk mengeratkan silaturrahim. Mungkin terdapat saudara atau kenalan yang lama tidak bertemu mata. Maka jangan lagi sibuk melayan Whatsapp atau Facebook dengan Galaxy Tab di tangan ketika itu. Sabar seketika apabila berhadapan dengan tetamu/tuan rumah. Jangan buat tetamu /tuan rumah berkecil hati. Nanti dosa yang dapat.
5) Salam Tak Tengok Muka
Begitu juga dengan berjabat salam sesama kita hendaklah digenggam erat dan saling berpandangan ke arah muka. Jangan salam dihulur tetapi mata memandang ke arah lain. Maka salam ini akan memperolehi pahala kerana ia ibadat. Lihat bagaimana Baginda Rasulullah bermuamalat dan melayan para sahabatnya hingga semua mereka berpuas hati dan tidak terasa hati.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.