PERATUTAN BARU UNTUK TINTED OLEH JPJ BERKUAT KUASA JUN 2014

     Awal tahun ni , penulis ada meluahkan rasa ketidak puas hati tentang perturan tinted yang terdahulu (ARTIKEL ) meemandangkan cuaca di Malaysia kini semakin panas terik. Tambahan lagi, kadar jenayah mencuri barang dalam kereta juga meningkat. Oleh itu, ramai pengguna kenderaan mahu JPJ mengubah akta terdahu agar kadar ketelusan cahaya masuk ke dalam kereta direndahkan untuk mengelak pengguna di dalam kereta berasa bahang panas. Kini , JPJ telah mendengar luahan hati pengguna dan meminda peraturan lama ke peraturan baru . Segala butiran dalam bentuk teks dan gambar berada di bawah:

PERATURAN BARU


PERATURAN LAMA


LATARBELAKANG

Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap bagi Kenderaan telah diadakan pada 2 -3 Jun 2104 di Holiday Inn, Glenmarie Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, NGO serta swasta. Pada hari pertama, PDRM, JPJ, MIROS dan JKJR telah membuat pembentangan berhubung dengan penggunaan cermin gelap. Pembentangan meliputi impak yang terbaik kepada rakyat sebagai pengguna, kesalinghubungan penggunaan cermin gelap dengan aspek keselamatan jenayah dan keselamatan jalan raya, penyeragaman amalan penguatkuasaan antara JPJ dengan PDRM di jalan raya dan penguatkuasaan di premis aksesori kenderaan.

Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermian Gelap bagi kenderaan mengesyorkan kepada Kementrian Pengangkutan Malaysia supaya kadar ketulusan cahaya (VLT) Seperti berikut:-
 1) bengkel memutuskan supaya peniaga yang menual aksesoru cermin gelap mempunyai alat menguji VLT bagi mebgelakkan pengguna tidak menepati spesifikasi
2) jika cadangan syor diluluskan, JPJ dan KPDNKK akan menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap di pasaan dengan kerjasama SIRIM
3) JPJ mengingatkan pemegang permit import (AP) kenderaan mematuhi peraturan dengan menukar cermin yang tidak menepati spesifikasi sebelum dijual bagi mengelakkan pengguna tidak terdedah kepada kesalahan peraturan berkenaan
4) JPJ tidak pernah mengeluarkan dijil kelulusan dan penggunaan filem gelap kepada permis aksesori kenderaan

 Berikut adalah antara usul lain yang dibentangkan dan dibincangkan dalam bengkel tersebut :
  • Peniaga eksesori cermin gelap wajib mempunyai alat penguji VLT
  • Menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap yang ada dipasaran
  • Cermin kereta import mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dijual
  • Tiada sijil kelulusan cermin gelap pernah dikeluarkan oleh JPJ
Peratusan tahap ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan :

Cermin hadapan - 70%

Cermin sisi hadapan - 50%

Cermin sisi belakang - 25%

Cermin belakang - 25%

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.