Wanita Solat Di Rumah Atau Di Masjid Lebih Afdhal?

Wanita Solat Di Rumah Atau Di Masjid Lebih Afdhal?  - Ada sesetengah di kalangan wanita cemburu sebab suami sembahyang berjemaah di masjid dan dia hanya sembahyang di rumah berseorangan. Di bawah terjawab persoalan antara rumah atau masjid, yang manakah lebih afdhal bagi wanita.




Soalan:

Saya seorang isteri yang bekerjaya. Sebaik pulang ke rumah saya terpaksa mengurus rumah, memasak dan menjaga anak. Oleh itu, saya tidak berkesempatan untuk mengikut suami ke masjid. Kadang kala saya berasa cemburu juga pada suami, maklumlah solat berjemaah itu lebih besar pahalanya. Apakah ada amalan lain yang boleh menggantikan pahala solat berjemaah tersebut?

Jawapan:

Wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat atau keutamaannya lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: ”Solat di bilikmu atau rumahmu lebih baik dan lebih utama daripada solat di masjid kaum mu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Al Syaukani RH ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Kalau suami berjemaah di masjid dan kita tinggal di rumah bersama anak-anak, para ibu boleh mendidik anak-anak untuk solat bersama.

Kepada mereka ialah berada di rumah mengurus rumah tangga dan anak-anak. Dalam sebuah hadis menyatakan, “Kaum ibu (wanita) adalah pengurus dalam rumah tangga suami.”

Semua ini menunjukkan bahawa tugas utama para ibu ialah mendidik anak-anak. Namun demikian, semasa berada di rumah para ibu boleh mengambil peluang ini dengan mengajar anak menunaikan solat secara berjamaah, ajar anak membaca al quran dan juga bertadarus dengan mereka.

Allah menciptakan lelaki dan perempuan daripada sumber yang sama tetapi mempunyai peranan yang berbeza.

Wanita dengan sifat lemah lembut lebih sesuai mendidik anak-anak kerana proses ini melibatkan emosi. Adakalanya kita marah, adakalanya kita belai anak-anak.

Dalam masa yang sama, para ibu berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk akidah, akhlak dan mendidik anak-anak dalam proses mereka membesar.

Menjalankan kerja rumah seperti memasak untuk suami dan anak-anak serta menjaga anak adalah ibadah dan diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Dalam kehidupan seharian, selama mana sesuatu itu dilakukan untuk mencapai reda Allah, ia dikira sebagai ibadah. Ibadah terbahagi dua iaitu khusus dan umum.

Ibadat khusus ialah membuat sesuatu sebagai lambang ubudiah (pengabdian) kepada Allah. Ini termasuklah ibadah seperti solat, haji, zakat dan puasa.

Ibadat umum pula meliputi kita melakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada golongan lain. Contohnya, kita berjual-beli, kita memberi kemudahan dan keringanan kepada orang lain.

Sebab itu, isteri yang menyediakan makan-minum untuk suami dan anak-anak, mengurus rumah tangga dengan niat mencari reda Allah.

Sebenarnya, kaum wanita atau ibu sangat mudah mendapat pahala. Buatkan air untuk suami, memasak untuk anak-anak, semuanya dikira sebagai pahala.

Cuma kita perlu melihat kaitannya dengan Allah. Tanpa kaitan sebegini boleh membawa kepada timbulnya isteri yang merasa sentiasa di bawah perintah suami sedangkan sifat sebagai isteri ialah sebagai teman dan memberi ketenangan kepada suami.

Ganjaran pahala daripada Allah bukan diberi berdasarkan gender sebaliknya kepada sesiapa yang melakukan amal soleh. Allah berfirman:

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) walau sedikitpun.” (an-Nisaa’: 124)

Sumber: Harakahdaily

4 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown January 26, 2014
bagaimana dengan fitnah dikaitkan dengan wanita keluar dari rumah ?
Unknown Unknown January 28, 2014
bagaimana dengan "fitnah" yang akan timbul bila perempuan keluar dari rumah..?
Cik Salju Cik Salju February 12, 2014
Assalamualaikum,

Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

Klik dan baca cara bagaimana orang islam keluar dari sistem penghambaan dunia moden ini.
AnonymousAnonymous February 14, 2014
apabila soalan spt ini ditanya, dpt disimpulkan bhw pengetahuan agama umat adalah amat dengkel sekali. ini dpt dilihat dr forum perdana. soalan2 yg diajukan oleh penonton adalah soalan yg remeh. yg amat mengecewakan ialah apabila soalan tst dtgnya dr org yg telah berumur.
tidakkah isteri2 tau bhw mrk akan dpt pahala bg segala pekerjaan baik yg dilakukan oleh suami sms diluar rumah? kalau suami dpt 1 bhgn, isteri akan dpt 1 bhgn juga. begitulah luasnya kurnia Allah swt kpd isteri yg setia.

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.