KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.


KELEBIHAN BERSELAWAT....



.. MENJADI penyebab hajat, doa dan amalan baik
diterima oleh Allah. Oleh itu pembuka dan penutup doa
mestilah mengandungi selawat.


.. BOLEH menghapuskan kesalahan dan dosa.

.. JAMINAN untuk mendapat rahmat Allah dunia dan
Akhirat serta syafaat Nabi SAW.

.. MENJADI benteng sifat munafiq dan kafir.

.. SELAMAT daripada huru-hara hari Kiamat.

.. SALAH satu amalan yang paling utama.

.. TIKET untuk mudah memasuki syurga dan terlepas
daripada perhisaban yang rumit.

.. MENGGANTIKAN sedekah bagi mereka yang tidak
mampu untuk bersedekah.

.. DIKASIHI Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi
Baginda SAW di syurga.

.. RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Di mana
sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat
ini sampai kepadaku."
(Riwayat Al-Tabrani daripada Hussain bin Ali r.a.)

.. RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang membacakan satu selawat kepadaku,
nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali,
dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat
pangkatnya sepuluh darjat." (Riwayat Ibn. Abi Syaibah).

.. KEHIDUPAN di dunia penuh ketenangan dan bahagia
manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang
mendukacitakan sesuai dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang paling utama di hari Kiamat bagiku
ialah yang paling banyak selawat untukku."

- MASYA'ALLAH,..orang yang selalu berselawat ke atas Nabi SAW,
dia adalah orang yang paling beruntung kerana syafaatnya akan
menanti di Padang Mahsyar buat umat2nya nanti.

- DAN ingatlah berselawat ke atas junjungan Baginda SAW, jiwanya
tenang dan dirinya sentiasa bersih daripada 'kekotoran' nafsu,
kerana kehidupan kita akan diselubungi kesederhanaan dan
berlapang-dada, seperti nabi Muhammad SAW kekasih Allah.

- BERSELAWATLAH selalu pada saat & ketika kepada Baginda SAW. Insha'Allah,..syafaatnya menanti kita di Akhirat kelak...!!!

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.