Korang Tahu Apa Hukum Kata Hudud Tak Sesuai Zaman Sekarang?



HUDUD IALAH HUKUM ALLAH.YANG MENOLAK HUDUD dengan mengatakan HUDUD tidak sesuai di zaman sekarang,BERERTI SESEORANG itu telah KUFUR.(samada sengaja atau tidak sengaja).

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

1) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.

Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

2) Qazaf (menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.

Hukuman :sebat 80 kali

3) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.

Hukuman :sebat 40 kali

4) Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.

Hukuman : potong tangan

5) Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.

Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

6) Riddah (murtad)
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.

Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.

2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous November 28, 2013
kalau mcm tu..najib and the gang adalah golongan yg kufur...x layak jd pemimpin sebuah negara islam...
AnonymousAnonymous December 12, 2013
tapi "abang najib" taknak buat hukum hudud . Untung rakyat Brunei ..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.