Menguap pun kena ikut Syariat

Assalamualaikum, Kemarin mak ke Alor Setar, ke sekolah anak untuk bersama2 membaca Yaasiin, memohon kpd Allah s.w.t agar dipermudahkan anak2 dlm menghadapi peperiksaan ni. Ramai sungguh ibubapa yang hadir. Dan setiap tahun pun begitulah yang mak lihat. Betapalah ibubapa amat mengharapkan kejayaan anak2. Semoga doa yg dipanjatkan dimakbulkan Allah s.w.t., Aaamiiin… Dalam perjalanan pulang mak baca majalah solusi yg lama dan ingin kongsi dgn semua yg sudi membaca iaitu tentang menguap ja..
Hari-hari kita menguap yang menunjukkan kita mengantuk yang orang sains kata kita tak cukup oksigen. kita anggap ianya perkara biasa saja, pun tertakluk kpd lima hukum iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus juga. Katanya, menguap menjadi wajib sekiranya dgn tidak menguap akan memudaratkan diri seseorang itu. Sebaliknya jika kita menahan diri drp menguap sebab malu kerana berada di khalayak ramai atau dlm majlis2 tertentu, sampai pengsan atau sakit kepala, maka kita wajib menguap dan dapat pahala. Jika tidak menguap, berdosa! Haram menguap jika kita pura2 menguap utk menyakitkan hati orang lain. Ada org bosan mendengar ceramah lalu dia menguap utk memberitahu penceramah bahawa dia benci atau bosan. Menguap ketika itu adalah utk menghalau atau utk menyakiti hati penceramah supaya berhenti berceramah, maka dia berdosa. Mendapat pahala jika ditinggalkan perbuatan itu. Sunat menguap jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim dan sunat juga mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap kerana Allah amat membenci orang yang menguap. Menguap hukumnya harus dalam mana2 posisi tubuh, berdiri, duduk atau berbaring. Menguap hukumnya makruh sekiranya dilakukan tanpa sopan seperti membuka mulut lebar2, dan kelihatan sangat buruk dan tercela dipandang orang. Allah tidak suka cara yang begitu. Kebencian Allah pada perkara2 makruh, walaupun tidak berdosa tetapi elok sangat ditinggalkan. Jika ditinggalkan kita dapat pahala pula, Alhamdulillah, bersyukur kita kpd Allah, Subhanallah, maha suci Allah, Allahuakbar, Allah maha besar. Marilah kita sama2 berdoa di samping solat hajat agar orang kita sayangi mencapai kejayaan…

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.