Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan


KUALA LUMPUR 29 Jan. – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?" kata Dr Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.

Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya. – BERNAMA


29/01/2012 11:26am

sumber utusan malaysia

4 comments.. read them below or add one

ZWAN SABRI ZWAN SABRI January 29, 2012
See! Orang melayu buat x peduli jer tp orang korea plak yang risau.. Tulisan jawi dah semakin pupus.. ramai yg dah taktau baca tulisan jawi n tulis dalam tulisan jawi.. :(
cik keyra cik keyra January 30, 2012
itu lah pasal.. kite nieyh lbih mementingkan tlisan lain..
spe na memartabatkn tlsan jawi kalo bkn2 anak2 mude.. so.,, ka sekolah kene lbih terap kn tlsn jwi.. :)
AnonymousAnonymous March 28, 2012
sekolah ada belajar tulisan jawi? Akan pupus kalau tidak beri penekanan...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.