Peniru...Meniru...Tiru...

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dlm kitab Sahihnya, yg bersumberkan Abi Sa'id r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
          " Sesungguhnya kamu akan meniru tingkah laku orang2 sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan
            sehasta demi sehasta.  Hingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, nescaya
            kamu juga tetap mengikuti mereka.  Kami bertanya ; Wahai Rasulullah, apakah mereka itu umat
            Yahudi dan nasrani? Beliau s.a.w menjawab: Siapa lagi?"
                                                                                                      - Hadis Riwayat Bukhari
Demikian sesungguhnya yg terjadi, persis sebagaimana yg telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w sebelumya.

Kenyataan membuktikan bhw umatnya benar-benar telah mengikuti tingkah laku umat terdahulu, meniru adat kebiasaan serta gaya hidup dalam pergaulan dan tingkah laku.

Pada masa ini, umat Muhammad s.a.w berpaling daripada budayanya yang kaya dan sangat bernilai. Menjauhi adat kebiasaannya yg bermutu tinggi dan istimewa begitu sahaja sebaliknya, dengan penuh kekaguman menerima budaya2 asing yg berasal daripada umat terdahulu, yg sebenarnya telah hancur dan ditinggalkan, kerana memang tidak layak dan tidak sehaluan dgn kehidupan. Akan tetapi umat Muhammad s.a.w ini tetap sahaja mahu menerimanya dan menerapkannya dalam  tingkah laku, cara berpakaian, makanan, tempat tinggal, pergaulan bahkan dalam segala segi kehidupan,

Memang tepat sekali ungkapan Nabi s.a.w , "Seandainya mereka masuk ke liang biawak sekalipun, maka pasti kamu tetap mengikuti mereka."

Tengok jalah article Wanita Jadian ni dah ada zaman Nabi Luth, bilamana homoseks berleluasa, Allah s.w.t terbalikkan bumi!






sumber : 99 peristiwa Ajaib Yang Merubah Dunia

2 comments.. read them below or add one

Sya_Merpati Putih 88 Sya_Merpati Putih 88 January 22, 2012
kita sudah semakin hampir dengan akhir zaman..lihat sahaja di sekliling, dah banyak tanda-tandanya..btw,nice entry..=)
Hanif Hanif January 23, 2012
betul2..manusia akhir zaman..so kit a yang beringat ni kena hati-hati dan mengiingatkan yang lain..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.