Kerana...dialah yang paling hensem kerana dapat pikat mak, paling gagah kerana dapat angkat mak bila sakit, paling bahagia kerana selalu buat lawak dan paling pandai kerana jika ditanya apa persoalan dan teka-teki dapat dijawab dengan betul!!..wah..hebat!!:)
Wanita yang paling dikagumi pulak, tentulah mak kita kerana dialah yang paling cantik, rajin, pandai menghasilkan kraftangan, pandai menjahit, pandai memasak, selalu senyum hmm...bahagianya!!!
Jadi sudah tentu jika kita ditanya apakah ciri-ciri lelaki dan wanita yang baik, tentulah kita nyatakan ciri-ciri yang ada pada mak dan ayah tadi.
Dan bila kita meningkat dewasa, kita akan dapati mak dan ayah lebih dari itu... mampukah kita menjadi lebih dari itu kerana mak dan ayah kita menginginkan kita lebih daripada mereka...
Kecantikan seorang lelaki bukan hanya kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik
adalah :
1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima
racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Sudahkah ada ciri-ciri ini dalam diri kita? Tak apa... kalau kita ikhlas kita boleh zahirkan dengan mempraktikkannya...mendidik diri sendiri :)
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan
setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar
dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.
" Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta,tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa"