Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir ketika dia bersama Nabi Yusya' sedang m encari daratan yang berwarna hijau di tengah lautan. Nabi Khidir dikatakan memakai jubah labuh. Pertemuan itu dimulai dengan ucapan salam oleh Nabi Khidir.
Nabi Musa : Sesungguhnya salam redaku untukmu?
Nabi Khidir : Siapakah engkau?
Nabi Musa : Aku adalah Musa.
Nabi Khidir : Nabi Bani Israel?
Nabi Musa : Ya.
Dari Surah Al-Kahfi, ayat 66 - 70 ;
Nabi Musa : Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar, di antara
ilmu-ilmu yang diajarkan kepadamu?
Nabi Khidir : Sesungguhnya kamu tidak akan sanggup bersabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat
bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?
Nabi Musa : Insya Allah Kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan
menentangmu dalam sesuatu urusan pun.
Nabi Khidir : Jika kamu mengikutiku maka janganlah kamu menanyakan kepadaku sesuatu apa pun, sampai
aku sendiri menerangkan kepadamu.
Dari Surah Al-Kahfi, ayat 78 ;
Nabi Khidir : Sekaranglah ketikanya kita berpisah, akan aku terangkan sesuatu yang engkau tidak sabar
tentangnya.
Dari Hadis yang bersifat munqati' (terputus sanadnya), sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Imam al-Baihaqi, Abu Sa'id bin Abi Amr, Abu Abdullah al-Multi ketika mereka akan berpisah ;
Nabi Musa : Berwasiatlah engkau kepadaku.
Nabi Khidir : Jadilah engkau orang yang bermanfaat, bukan orang menimbulkan kerosakan. Jadilah engkau
orang peramah bukan orang pemarah, kembalilah bersungguh-sungguh dan janganlah berjalan
tanpa sesuatu keperluan.
Janganlah tertawa kecuali pada sesuatu yang menghairankan.
Dari hadis bersifat marfu'(berhubung langsung sanadnya dgn Rasulullah s.a.w), yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir, Zakaria bin Yahya al-Waqad, Abdullah bin Wahab, al-Thauri,MUjahid, Abu al-Waddak, Abu Said al-Khudri, Dinar bin al-Kaththab, Rasulullah bersabda;
Nabi Musa : Ya Tuhanku! telah datang kepadaku al-Khidir , dia seorang pemuda yang harum baunya dan
baik pekertinya, putih pakaiannya dan bercahaya.
Nabi Khidir : Salam dan rahmat Allah semoga tetap ke atasmu wahai Musa bin Imran! Sesungguhnya Tuhan
mu mengucapkan salam kepadamu.
Nabi Musa : Dialah Penyelamat, dan dikembalikan kepadaNya keselamatan. Segala puji bagi Allah, Tuhan
semesta alam. Zat yang tidak aku derhaka terhadap nikmatNya dan tidak dapat aku
bersyukurkecuali atas pertolonganNya.
Aku bermohon agar engkau berwasiat kepadaku, yang akan memberi manfaat kepadaku
selepas perpisahan kita.
Nabi Khidir : Wahai pencari ilmu! Sesungguhnya orang berkata lebih bosan dibandingkan dengan orang yang
mendengar, janganlah engkau duduk bersamanya ketika berbincang-bincang, ketahuilah
hatimu ibarat bejana/ bekas, maka lihatlah apa yang mengisi bejana itu. Bersenang-senanglah
engkau di dunia dan terlena engkau kerananya, maka sesungguhnya dunia bukanlah rumahmu
dan bukan tempat abadimu. Jadikan dunia itu sebagai tempat menghambakan diri dan mencari
bekalan untuk hari akhirat. Latihlah dirimu untuk bersabar dan ikhlaskan kamu dari dosa.
Wahai Musa! Akan sampai kepadamu jikalau engkau menginginkannya. Janganlah engkau
menjadikan ilmu untuk berkata sesuatu tanpa tujuan, kerana sesungguhnya banyak berkata
dibenci ulama. dan tanda orang yang kurang akalnya. Jadikanlah dirimu orang yang
menyederhanakan kata, kerana itu sebahagian dari taufik kebenaran. Berpalinglah engkau dari
orang bodoh dan jangan berkawan dengannya. Bersabarlah terhadap orang bodoh kerana
semua itu adalah akhlak ahli hikmah dan perhiasan ulama. Apabila dimaki oleh orang jahil,
maka sabar dan diamlah, kerana itulah yang paling baik. Wahai anak Imran! Janganlah engkau
melihat, sesungguhnya engkau diberi ilmu, kecuali hanya sedikit. Wahai anak Imran! Janganlah
engkau membuka pintu tanpa mengetahui bagaimana menutupnya dan menutupnya tanpa tahu
cara membukanya. Wahai Musa! Belajarlah sesuatu untuk engkau amalkan, dan janganlah
engkau belajar ilmu hanya untuk berbicara sahaja. jadilah engkau takut akan hal itu. Wahai
Putera Imran! Jadikan sifat zuhud (meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut
daripadanya) dan taqwa (adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu
yang mengganggu dan memudaratkan) sebagai pakaianmu, ilmu dan zikir sebagai ucapanmu.
Perbanyaklah berbuat kebaikan, kerana perkara itu akan menghapuskan keburukan.
Goncangkan hatimu dengan sifat takut, maka sesungguhnya perbuatan itu akan menjadi reda
Tuhanmu. Berbuatlah kebaikan, kerana sesuangguhnya hal itu tidak mungkin engkau lakukan
dalam keadaan yang sama.
Kemudian Nabi Khidir dan Nabi Musa pun berpisah dalam keadaan Nabi Musa masih terharu, sedih dan menangis.
sumber; Kisah Para Nabi
Dialog Nabi Musa dengan Nabi Khidir
hyhhh0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.