Saiful Apek Mengaku Tidak Bersalah
hyhhhPETALING JAYA - Kisah dakwaan terhadap Saiful Apek terlibat dadah, nampaknya terus menjadi sebutan, apabila pelawak dan pelakon terkenal itu, akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, pada 11 malam, 12 Jun tahun lalu.
Dia membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis, jika sabit kesalahan.
Tiga lagi rakannya, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24 termasuk seorang wanita, Noremy Mohamad, 28, juga mengaku tidak salah terhadap tuduhan sama.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes itu pada 23 Disember depan.
Bagaimanapun, seorang lagi rakan artis berkenaan, Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan, iaitu memiliki ganja, memiliki perkakas menyediakan ganja dan menggunakan dadah itu.
Dia mengaku memiliki 0.09 gram ganja dan memiliki perkakas itu di rumah di Sunway Court Apartment, Bandar Sunway, di sini, pada 10 malam, 12 Jun tahun lalu.
Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu mengaku mengambil dadah di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, pada jam 11 malam, tarikh sama.
Ahmad Solihin menjatuhkan hukuman denda RM7,500 terhadapnya, bagi semua kesalahan itu.
Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad dan Fadilah Shah Abdul Latiff, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim.
Sumber-Sinar
2 comments.. read them below or add one
Kak Mahh
November 02, 2011
Biar rasa mahkamah menentukan salah atau betul...
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →