Padah!! Pejabat Akhbar Dibakar Akibat Sindir Nabi Muhammad S.A.W.

BEBERAPA anggota bomba semalam berjalan di depan pejabat akhbar satira, Charlie Hedbo yang rosak akibat terbakar di Paris.
PARIS - Bangunan ibu pejabat sebuah syarikat akhbar yang sering menampilkan isu-isu menyindir di Perancis dibakar dan mengalami kerosakan teruk.

Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan.

Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM, banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam komputer musnah.

Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerima banyak ancaman akibat cerita Sharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam. - AP

Sumber-Kosmo

3 comments.. read them below or add one

Munn Jaafar Munn Jaafar November 03, 2011
erm.....kat mlaysia pun dh trg2 berani kutuk islam..cuma blum smpai thp ni je lagi..
THE GREEN THE GREEN November 10, 2011
tu la padahnya bila suka menghina agama. ni baru bakar pejabat, blm bunuh org lg.

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.