Lelaki Sanggup Tikam Tunang Sendiri Akibat Cemburu



KUALA LUMPUR - Walaupun sudah putus tunang, seorang lelaki nekad menikam rakan kepada bekas tunangnya dalam kejadian di restoran di Taman Midah, Cheras, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi, seorang lelaki berumur 28 ditikam di dada dan kaki oleh seorang lelaki dipercayai bekas tunang kepada rakan wanitanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berumur 33 tahun ditahan di restoran berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan.

“Siasatan menunjukkan mangsa ditikam suspek akibat cemburu kerana dipercayai bekas tunangnya didapati bersama dengan mangsa.

“Kita merampas pisau lipat dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek direman mulai semalam.

Sumber-Sinar

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.