Teh O Ais RM 4 di Restoran Di Bukit Tunku Yang Cekik Darah Pelanggan
hyhhhKUALA LUMPUR – Seorang pelanggan di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini terkejut apabila dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM17.50 untuk segelas teh o ais dan sepinggan nasi berlaukkan ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal.
Menurut pelanggan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ashraf, dia singgah ke restoran tersebut untuk makan tengah hari semalam.
“Saya pertama kali pergi ke kedai makanan itu dan pada saya ia hanya kedai biasa sahaja cuma bahagian dalam mempunyai ruang khusus untuk pendingin hawa.
“Selepas ambil makanan, saya makan di bahagian luar restoran ini. Kemudian semasa saya ingin membayar makanan, saya diberitahu kena bayar RM4 untuk segelas teh o ais dan RM13.50 untuk makanan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Ashraf yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat pengurusan bangunan memberitahu, restoran itu tidak kelihatan seperti sebuah restoran bertaraf lima bintang atau terdapat di hotel.
“Walaupun saya pernah makan di tempat-tempat yang eksklusif dan membayar pada harga yang tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan tetapi saya tidak rasa restoran ini bertaraf eksklusif dan pada pandangan saya biasa sahaja dan tiada yang istimewa,” ujarnya.
Harga segelas teh o ais di kebanyakan restoran ialah RM1 hingga RM1.70 manakala sepinggan nasi ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal pula RM5 hingga RM8.
p/s:mahal giler harga teh o ais tue.. mmg kena kapak kaw2 nie.
Sumber:Kosmo
{ 8 comments.. read them below or add one }
rebellist
October 11, 2011
yang ni elok cekik balik tengkuk owner kedai tu, tahu nak cekik darah orang jer...ade ke sampai RM4 segelas teh-o, pakai teh high class ker?
Adzrien Shoppe
October 11, 2011
kalau seoarang makan tak sampai RM10 pun. separuh kos lagi.. mmg menipu ni..
Anonymous
October 11, 2011
kedai mamak la ni yang cekik orang giler2. untung atas angin. komplen je kat tribunal tuntutan pengguna. biar restoran tu rasa.
Sepi Si Sepi
October 11, 2011
mahalnye...agak2 harga masakan yg guna ikan bilis mahal mcm tuh x kat kedai tuh?
Anonymous
October 16, 2011
bkn kedai mamak...tapi I*t*i - I*t*i.....aku penah pegi...tempat dier mmg best...tp harga mcm......;p
malik
April 18, 2012
tolong pergi makan kat kayu rest di bukit jambul pulau pinang lagi cekik darah!! Bayangkan nasi kuning dengan ikan (biasa) goreng sahaja dah RM11.9 (tetapi tanda harga bagi 1 set nasi beriyani ayam tujukkan RM 7.00) bila di tanya apa pasal ikan lg mahal dr ikan perkrja bangla tu kata tanya sama taukey dia ta ada skrng ada di KL kot (mungkin ikan berisi emas kot)
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →