PTPTN Buka Kembali Tawaran Ujrah (Sistem Pinjaman Islam) Iaitu 1% Upah Pada Januari 2012

PTPTN buka tawaran 



PUTRAJAYA - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), membuka peluang kepada peminjam untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada sistem pinjaman Islam atau Ujrah bermula 1 Januari depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkat, peluang itu wajar digunakan peminjam, memandangkan tawaran bertukar kepada sistem Ujrah sepatutnya berakhir 30 Sept lepas.

“Walau bagaimanapun, ia berasaskan hutang semasa dan tidak ‘backdated kepada 1 Jun 2008,” katanya selepas perhimpunan bulanan kementerian itu, di sini semalam.

Sehingga bulan lepas, seramai 55,546 peminjam PTPTN memilih bertukar kepada sistem Ujrah yang menawarkan bayaran upah satu peratus setahun berkuat kuasa 1 Jun 2008, berbanding sistem konvensional yang menetapkan kadar tiga peratus.

Terdahulu ketika berucap, Khaled berkata PTPTN juga masih membuka peluang kepada peminjam berhasrat mendapatkan penurunan kos pentadbiran daripada tiga dan lima peratus kepada satu peratus untuk membuat pembayaran penuh hutang, tanpa perlu bertukar kepada Ujrah.

“Mereka membuat penyelesaian penuh sebelum 31 Disember ini, akan dilaraskan akaun mereka secara backdated mulai 1 Jun 2008 dan PTPTN akan mengembalikan lebihan kepada peminjam,” katanya.

Menurutnya, sehingga bulan lepas, seramai 1,518 peminjam membuat penyelesaian penuh dan layak diberikan bayaran balik dengan jumlah keseluruhan RM1.2 juta.

Tahun lepas seramai 2,091 peminjam dikecualikan daripada membuat pembayaran balik PTPTN berjumlah RM58 juta, manakala tahun ini seramai 97 peminjam layak dengan jumlah bayaran RM2.7 juta yang dijangka bertambah pada hujung tahun ini.- Bernama

Sumber:Sinar

p/s:sapa2 yang tak sempat sebelum nie, jangan sedih2..masih ada peluang lagi..^_^ 

1 comment... add one now

Abuyaa Abuyaa October 19, 2011
ye ker pinjaman Islam? Bukan pinjaman Islam xde interest ke?
Kata negara kebajikan? Nape nak caj interest lagi?
Mana kebajikannya?...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.