Ni Lagi Kejam!! Sanggup Belasah Adik Sendiri Sampai Mati

PERIKSA...anggota polis memeriksa di sekitar kawasan rumah mangsa.
 
 
KUALA KUBU BHARU: Gara-gara tidak puas hati apabila barang kemas yang digadai gagal ditebus adik, seorang wanita disyaki membelasah adiknya sehingga mati dalam kejadian di Kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam, dekat sini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa, Gurmet Kaur Sedara Singh, 41, dan kakaknya menjamu selera di rumah mereka sebelum berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy, berkata kakak mangsa berusia 44 tahun dan tinggal serumah dengan mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga mereka, dipercayai tidak puas hati apabila barang kemas miliknya gagal ditebus mangsa.

“Perselisihan faham di antara dua beradik itu serta suami mangsa yang berusia 57 tahun bermula sejak petang sebelum menjadi semakin serius pada waktu malam.“Mangsa dan kakaknya itu bergelut sebelum suspek disyaki membelasahnya sehingga mati. Mayat mangsa ditemui telentang di atas katil bilik tidurnya dengan kesan bengkak di muka dan berdarah pada hidung serta mulut kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam),” katanya.


SUMBER : Harian Metro

2 comments.. read them below or add one

Kancil 8349 Kancil 8349 October 10, 2011
kalau gagal mengawal amarah...beginilah jadinya...
Mizfantagiro Mizfantagiro October 11, 2011
ishh..tergamak sungguh..brg kemas tu leh pakai bwk mati agaknya bg dia!..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.