Wanita ‘buta’ dirakam berbasikal
ROME: Seorang wanita Itali yang menikmati elaun kurang upaya kononnya kerana buta, ditahan semalam selepas disyaki menipu.
Pembohongan wanita berusia 62 tahun itu terbongkar selepas polis merakam aksinya bekerja sebagai pendandan rambut, selain berbasikal di sekitar bandar Lugo, utara Itali.
Pemilik salon rambut itu mula diberikan bantuan pada 1986 apabila tahap penglihatannya merosot. Polis berkata, menjelang tahun ini, wanita terbabit mendakwa “buta sepenuhnya.” Pada 1997, doktor mengesahkan wanita itu mesti ditemani apabila meninggalkan rumah, dan menjelang 2008 dia hanya boleh melihat sesuatu imej yang diletakkan beberapa sentimeter di depan matanya. - AFP
Sumber:Harian Metro