Jawapan Paling Logik Mengapa Umat Islam Mengadap Kaabah Untuk Sembah Allah





Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan menerangkan dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat Islam.. 



 
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna                   hitam?   Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah... Pendakwah tersenyum…
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman...

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”...
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap dengan emak saya… Dia yang telefon saya tadi...

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak…

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?...

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut...Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja…Lantas…Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai…bersepaiiiiiiiiii....Merah padam muka Missionary menahan marah.... Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum...

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone...

Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga halnya dengan ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....


Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu...

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse... Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...

{ 16 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown October 09, 2011
gud entry..n TQ 4 sharing...
Christey Christey October 09, 2011
Terdapat sedikit unsur penghinaan kepada agama lain (Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...). Tapi saya ada soalan. Kenapa ALLAH mengarahkan umat Islam sembahyang menghadap kaabah? Semua persoalan ada jawapan. SO, reply asap. I want to know the truth.
azmieazmie October 09, 2011
tajuk paling logik: logik mengapa umat Islam solat mengadap Kaabah
AnonymousAnonymous October 09, 2011
Agaknya ALLAH mengarahkan umat Islam menghadap Kaabah semasa sembahyang supaya semuanya menghadap Kaabah sekaligus. Takda yang menghadap Utara, Selatan, atau mana-mana arah. Sebab itulah tandas dibina tak boleh menghadap Kaabah. Kerana Kaabah merupakan tempat yang suci. Kalau silap tolong betulkan.
Liza @ Adzriel AB Liza @ Adzriel AB October 10, 2011
dia bertanya saja nak mengena, tapi terkena semula.
 Nrsyikin Tahir Nrsyikin Tahir October 10, 2011
good info. thanks for sharing...<3
azu azu October 11, 2011
terharu..good 4 us to share this info.tq!
bwarghhhhh bwarghhhhh October 11, 2011
entry terbaek bro..tapi tak bagus pendakwah tu sebab hempaskan hp Missionary tu kan?mana tahu kot ada benda2 penting dalam hp tu ko..hihihi..banyak lagi cara untuk berdakwah tanpa melibatkan keganasan..;p
ako0078 ako0078 October 11, 2011
knape plak rasa terhina,terimalah hakikat.pada pandangan kamu kenapa yahudi hendak memiliki masjid al-aqsa kiblat pertama orang islam..klo kamu kaji azan setiap waktu solat disuruh muka bumi ini kamu akan terpegun dgn kejadianya....waallahualam..
YouSOF YouSOF October 12, 2011
SubhanAllah.. Islam itu indah, Islam itu mudah.. ;)



Perumpamaan yang mudah. Like this entry!
AnonymousAnonymous October 13, 2011
@Christeynorey Claudius

islam adalah agama tauhid...hanya mengesakan tuhan yg satu, maknanya tiada 2 atau 3...kaabah atau baitullah terletak di muka bumi... tegak di atasnya di atas langit, terletak baitul makmur, khas untuk para malaikat melakukan tawaf dan lain2...umat islam tidak menyembah kaabah, sebaliknya mengesakan allah...setiap kita memerlukan matlamat...contohnya matlamat saya adalah mencapai kejayaan...tetapi adakah kejayaan itu dilihat pada skrol ijazah yg diframekan atau bank statement dgn duit yg banyak???tidak, hanya saya yg tahu bila saya mencapai kejayaan tersebut...duit dan ijazah tersebut sbg salah satu bukti kejayaan saya...begitulah dgn umat islam...matlamat umat islam adalah allah...tetapi adakah kaabah tersebut adalah tuhan???tidak, kerana kaabah hanyalah salah satu dari bukti kebesaran dan keagungan tuhan...subhanallah...di sini saya sertakan petikan dari al-quran:

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah* Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah:115)

(Disitulah wajah Allah maksudnya; kekuasaan Allah meliputi seluruh alam; sebab itu di mana saja manusia berada, Allah mengetahui perbuatannya, karena ia selalu berhadapan dengan Allah.
AnonymousAnonymous May 14, 2013
Samalah dengan orang hindu...
AnonymousAnonymous August 29, 2013
Sbb itu rumah allah.kami umat islam menghadap satu arah kiblat kaabah untuk menyembah Allah yg esa :)

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.