Enam Orang Remaja Ditahan Kerana Tonton Video Lucah

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin (dua dari kanan) dan para pegawainya memberi kaunseling kepada remaja sekolah yang ditangkap menonton video lucah sewaktu masa sekolah di flat Seri Sena. Gambar NST


Kangar: Enam remaja lelaki termasuk empat pelajar yang ponteng sekolah ditahan polis ketika sedang asyik menonton video lucah di sebuah premis di Pangsapuri Seri Sena dekat sini Rabu.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata mereka yang berumur antara 13 dan 17 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 11 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata empat pelajar itu adalah dari dua sekolah menengah di sini manakala dua lagi remaja merupakan bekas pelajar yang dibuang sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Rahman berkata polis turut merampas kira-kira 60 keping VCD lucah dan tiga motosikal.

Video-video lucah itu dipercayai dibeli dari pasar malam tertentu di sekitar negeri ini, katanya
 
 

3 comments.. read them below or add one

roha roha October 07, 2011
rosak budak2 ni. ni la masalahnya kalau bahan2 terlarang senang diperolehi...
cg4dis cg4dis October 07, 2011
hohoho...

macam2 dunia skunk.

mudah dan cepat sgt terdedah
Shaiful Shaiful October 08, 2011
wah tengok video lucah boleh kena tahan ke? haha aku baru tahu.lol

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.