Akhirnya Terbongkar Walaupun Datuk Upah Cucu Ayam Goreng Selepas Merogolnya






KULIM - Tidak serik dipenjara kerana kesalahan merogol, seorang datuk sanggup melakukan perbuatan sama terhadap cucunya yang juga murid tahun tiga dan masih bersekolah.

Lebih menyedihkan mangsa hanya diberi upah ayam goreng setelah suspek memuaskan nafsunya.

Mangsa dikatakan sering tidak ke sekolah menyebabkan gurunya bertanya tentang masalah yang dihadapinya.

Mangsa kemudiannya menceritakan apa yang berlaku dan guru berkenaan yang terkejut dengan pengakuan itu membawa mangsa menjalani pemeriksaan di hospital. Doktor menasihatkan supaya laporan polis dibuat.

Kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada waris mangsa dan suspek datang ke balai polis bersama mangsa untuk membuat laporan polis dengan menuduh bapa mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Polis yang menjalankan siasatan ke atas datuk dan bapa mangsa berasa curiga lalu meminta mangsa menceritakan kisah sebenar. Barulah kanak-kanak itu mengaku dia diarahkan oleh datuknya untuk menuduh bapanya.

Setelah menjalankan siasatan terhadap datuk mangsa, akhirnya suspek mengaku melakukan perbuatan itu terhadap cucunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum ini suspek pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol.

“Dia pernah menerima hukuman 12 sebatan dan dipenjarakan sebelum ini. Suspek juga baru dibebaskan dari penjara. Apa yang dilakukan oleh suspek adalah satu kesalahan serius dan kes akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. - SH Utara/SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI

Sumber

{ 11 comments.. read them below or add one }

BeloG MTT BeloG MTT October 13, 2011
Subhanallah ... Kenapa lah sampai macam tu sekali.. Darah daging dia kot :(
rebellion rebellion October 13, 2011
berape umur datuk dia tu daaa
azah sofi azah sofi October 13, 2011
Budak kecik mana pandai menipu..Huh..Padan muka dia!
PCL PCL October 13, 2011
12 sebatan lalu mcm tak kesah bagi pelaku jenayah tersebut...aduyai, nk buat cmna lg tu !
Unknown Unknown October 13, 2011
orang tua kutuk tak sedar diri
mrszNana mrszNana October 13, 2011
Hukum sula je.
Kasi buang ape patut.
Baru tau! -__-
Shaiful Shaiful October 13, 2011
errkkk.bernafsu kuda betul
Derus Derus October 14, 2011
tau lah nnt kena sebat 12 kali..huhu

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.