Dalam sejarah manusia, terdapat 5 individu yang mempunyai berat badan melampau iaitu melebihi 500kg. Baca dan lihat senarai di bawah. Ambil iktibar daripada kisah mereka dan mula amalkan gaya hidup yang sihat. Jangan makan terlalu banyak makanan berkeresterol tinggi seperti burger, KFC, pizza, semua jenis roti bakar yang dicampur dengan ayam, ikan, hotdog dan sebagainya. Rajinlah bersukan dan kawal pemakanan anda.
5. Rosalie Bradford
- Dia memang suka makan sejak kecil.
- Ketika berumur 14 tahun, beratnya mencapai 92kg.
- Ketika berumur 15 tahun, beratnya meningkat kepada 140 kg.
- Berat maksimum yang pernah dicapai adalah 544kg.
- Dia juga pernah ingin membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan berat badannya.
- Meninggal pada umur 63 tahun.
4. Walter Hudson
- Berat masimum dicapai adalah 544kg.
- Dia pernah tersekat di pintu biliknya hinggakan pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding biliknya.
- Pernah mengatakan "I just eat and enjoyed it!!!"
- Dia juga telah meninggal dunia pada umur 46 tahun.
3. Manuel Uribe
- Terlantar di katil selama 9 tahun (2001-2009)
- Pernah berkahwin pada 26 oktober 2008.
- Pernah membidas orang yang menghinanya dengan mengatakan "I am proof you can find love in any circumstances. It’s all a question of faith. I have a wife and will form a new family and live a happy life”.
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 597kg.
- Meninggal dunia pada umur 47 tahun.
2. Jon Brower Minnoch
- Ketika berumur 12 tahun, berat badannya mencecah 132 kg.
- Dia pernah dimasukkan ke hospital dan kehilangan 419 kg. Tetapi malangnya selapas keluar hospital, beratnya naik mendadak 2 kali ganda.
- Pernah berkahwin. Isterinya mempunyai berat normal dan mempunyai 2 orang anak.
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 635kg.
- Meninggal dunia pada umur 42 tahun.
1. Carol Yager
- Disebabkan dijangkiti bakteria, dia dimasukkan ke hospital.
- Dia tidak mampu untuk berdiri ataupun berjalan kerana ototnya tidak mampu menampung berat badannya.
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 727kg. - Dia maeninggal pada umur 34 tahun disebabkan penyakit buah pinggang, kegagalan organ berfungsi dan obesiti melampau
SUMBER