Starbucks Coffee Halal Atau Haram?


Sekarang nie ramai orang sedang sebarkan bahawa Starebucks Coffee haram di merata-rata tempat termasuklah di facebook.. Adakah betul-betul Jakim yang keluarkan statement bahawa Starbucks Coffee tu haram sebab bila aku tengok dekat laman web www.halal.gov.my , mereka mengatakan bahawa tiada kenyataan dikeluarkan berhubung isu Starbucks Coffee itu haram...Klik Seterusnya untuk melihat bukti beserta sumbernya...






KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE


1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
    pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan
    “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
    haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
    pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarka melalui laman sosial 
    Facebook.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah
    mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media
    massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran
    Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan
    Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
    pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
    yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
    dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
    merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.


p/s: kalau sesapa was2 tue, tak payah la pergi minum kat situ..


6 comments.. read them below or add one

Rohaizam Rosli Rohaizam Rosli August 06, 2011
btol3... tp Iejam da lama tak pegi Starbuck... hahaha....
Hans Hanis Hans Hanis August 06, 2011
dah lama dah benda nih tersebar
skrg banyak betul benda tak halal kan
Nizam Ijam Nizam Ijam August 06, 2011
adoi...starbuck pulak..hehe
intan syafinaz intan syafinaz August 07, 2011
penah dgr gak pasal ni..tp xtau betul ke x
AnonymousAnonymous May 01, 2012
Akhir zaman ni mcm2 khabar angin yg tersebar. Bak kata penulis, klu x yakin atau was2, jgnlah masuk. Tapi jgnlah kita membuat dosa pula dgn menyebarkan sesuatu yg kita sendiri x nampak, dan pasti akan kebenarannya. Kadang2 sesuatu cerita palsu itu klu diulang dan ditambah perencah, akhirnya mampu mengubah persepsi orang. Cth terbaik: cerita ustaz yg nampak belaan kencing di restoran tomyam terkenal. Cerita ni dah lama dan diulang-ulang tapi setiap kali ditambah perencah baru...hingga akhirnya nama ustaz Hassan Din pun terbabit sama untuk mengukuhkan lagi dakwaan dan cerita tersebut. Ramai umat Islam lebih risaukan benda2 seperti ini, tapi amalan wajib mereka tinggalkan. Alangkah baiknya jika amalan wajib kita teguhkan, sudah pasti kita xkan terjerumus dlm konflik halal dan haram kerana kita ada agama sebagai pegangan yg kukuh.
AnonymousAnonymous June 05, 2012
mcdonald pun ada yg kata lembu x sembelih

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.