Salam tengahari...tepat jam 12...hari nie aku terjumpa satu artikel dari Berita Harian bahawa di Bazar Ramadhan Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah, terdapat dua orang peniaga yang berbeza menjual kuih-muih dengan harga yang begitu murah tetapi rasa masih seperti biasa...Sebab kebanyakan orang kalau menjual dengan harga yang begitu murah macam mereka berdua nie,peniaga kuih Nurhayati Ahmad, 49,dan peniaga murtabak, Abdullah Salleh, 49. Tekan seterusnya untuk ikuti cerita selanjutnya..
Di dalam berita tersebut, dikatakan Nurhayati Salleh menjual kuih tersebut dengan harga yang murah kerana mengikut kata ayahnya ,"kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,".... Sebab tulah, dia masih tetapkan harga tersebut untuk 10 biji kuih saiz mini walaupun tidak mendapat keuntungan yang lumayan seperti sebelum ini...ok la tue..tak pernah lagi jumpa orang macam nie..baik hati sungguh..
SHAHIDA Abdullah (kanan) melayan pelanggan yang mahu membeli martabak di gerai bapanya di bazar Ramadan Stadium Darulaman, Alor Setar |
Di tempat yang sama, Abdullah Salleh yang juga dikenali sebagai 'Bang Lah Murtabak' turut menjual sebiji murtabak pada harga RM 1 kerana ingin berniat sedekah kps orang ramai...dan disebabkan beliau mempunya kerja tetap,untung rugi tak diambil kisah berbanding sedekahnya di bulan Ramadhan..murtabak yang termurah pernah aku jumpa..di Kota Bharu nie paling murah pon RM2..kalau aku ngaji kat Alor Setar, memang tiap2 hari la aku gi situ...
p/s: peniaga berdua nie hanya berniaga di bulan Ramadhan..cepat2 terjah mereka..
p/s/s: berniaga mestilah ikhlas, jangan berniaga semata-mata keuntungan dan suka menipu pelanggan...:D
SUMBER
Credit gambar kepada :
1)http://paapaada.blogspot.com/
2)http://abushahid.wordpress.com/