Salam kunjungan buat tetamu pada petang ini....Dunia ini adalah penuh rahsia! Ada beberapa tempat di dunia yang kita tidak mengetahui mengenainya dan walaupun kita tahu, tempat – tempat ini adalah tidak boleh kita kunjungi. Entry kali ini memaparkan tempat yang paling tertutup diseluruh dunia dan hampir tidak mungkin untuk masyarakat umum mengunjunginya !!
Mezhgorye
Ini adalah kota tertutup di Rusia yang terletak di Gunung Yamantaw, kota yang didirikan pada tahun 1979 ini berada pada ketinggian 1640 m dari aras laut. Kota ini disyaki oleh AS sebagai tempat rahsia pembuatan senjata nuklear. Projek besar ini mula diamati oleh satelit AS pada tahun 1990. AS meminta penjelasan dari pihak Rusia mengenai tempat ini, tetapi pihak Rusia menyatakan itu adalah tapak perlombongan.
Vatican Secret Archives
Di arkib Vatican ini, anda tidak boleh masuk ke tempat ini dan melihat dokumen sewenang – wenangnya sesuka hati, anda harus membuat permohonan terlebih dahulu untuk sesebuah dokumen kepada pihak yang mentadbir Vatican. Tidak semua buku anda boleh lihat, hanya dokumen yang sudah berusia 75 tahun kebawah saja yang dibenarkan. Disini, terdapat 35 000 buah buku dalam katalog dan itu membentuk satu barisan sepanjang 84 Km.
Club 33
Disneyland adalah tempat hiburan untuk kanak kanak mahupun orang dewasa, tiada satu pun tempat di Disneyland yang tidak bebas dilawati kecuali Club 33 ini. Tidak mudah untuk masuk ke Club ini, selain sekuriti yang sangat ketat, tempat ini juga menggunakan finger screen. Menjadi ahli club eksklusif club ini tidaklah mudah dan murah, selain daripada pendaftaran sekitar 10-30 ribu US$, anda juga harus menunggu selama 14 tahun untuk menjadi waiting list
Moscow Metro-2
Metro-2 di Moskow adalah sistem kota bawah tanah terbesar di Dunia, kota ini dibangunkan pada zaman pemerintahan Stalin. Kota ini adalah sangat rahsia, sehinggakan wartawan yang ingin menulis mengenai kota ini selalu tidak pernah dibenarkan oleh pihak pemerintah.
Area 51
Area 51 (atau lebih dikenal sebagai US Air Force Flight Test Center, Detachment 3 dan juga nama samaran lain iaitu Dreamland, Watertown Strip, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake, dan juga The Directorate for Development Plans Area) adalah sebuah daerah terasing di bahagian selatan Nevada, yang dimiliki oleh Tentera Amerika, yang digunakan sebagai pusat pembangunan rahsia untuk ujian pesawat – pesawat tempur generasi baru. Area ini juga sangat terkenal kerana disyaki sebagai pusat penelitian UFO yang sehingga sekarang dianggap sebagai salah satu konspirasi yang belum terungkap.
Semua sampel-sampel mahkluk luar angkasa yang pernah jatuh ke bumi dieskavasi ke pangkalan AS itu ,kononnya untuk diteliti oleh para ilmuwan. Yang menjadikan area 51 semakin misteri adalah kerana tempat itu sangat tertutup dan hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang boleh masuk ke tempat itu.
Room 39
Bilik 39 atau dikenali sebagai Biro 39 adalah satu-satunya organisasi haram yang disokong penuh oleh suatu negara dan beroperasi disuatu negara lain. Organisasi ini ditubuhkan untuk mencari cara memperoleh mata wang asing untuk Kim Jong-il. Bilik ini didirikan pada tahun 1970-an dan tidak diketahui dari mana nama ini berasal. Cara kerja Biro ini adalah menggunakan bank di China dan Swiss, untuk tujuan pemalsuan, pencucian wang dan transaksi haram. Bilik 39 diyakini berada di dalam sebuah bangunan Parti Buruh di Pyongyang, ibukota Korea Utara.
Ise Grand Shrine
Adalah kuil paling suci di Jepun. Tempat ini didedikasikan untuk Amaterasu (dewi matahari) dan telah wujud sejak 4 SM, Kuil ini berfungsi untuk menyimpan beberapa dokumen dan beberapa item penting maharaja Jepun. Tempat ini sangat sangat sulit untuk dikunjungi, kecuali kaskuser, iaitu seorang pendeta yang menjadi anggota keluarga maharaja.
Mount Weather Emergency Operations Center
Ini adalah tempat yang tidak hanya tertutup kepada umum malahan tempat itu adalah tempat yang mengharapkan manusia tidak menjejakkan kakinya di sana. Lokasi yang berada di Virginia ini digunakan sebagai pusat operasi untuk Federal Emergency Management Agency (FEMA). Tempat ini menjadi tempat terlarang kerana disana terdapat sistem gelombang frekuensi yang sangat tinggi yang menghubungkan US dengan rangkaian tentera dan Negara lain diseluruh dunia
RAF Menwith Hill
RAF Menwith Hill adalah pangkalan tentera yang mengoperasikan stesen satelit bawah tanah dan didakwa sebagai stesen pemantauan elektronik terbesar di dunia. Tapak yang terletak di Skipton A59 Road ini dibangun oleh Departmen Pertahanan AS.
pernh sampai sekali ke vatican, pengalaman yang unik dapat melihat bagaimana kota suci agama kristian