Salam...
Afif nak kongsikan dengan korang tentang cara permakanan Rasullullah S.A.W. Tahukah anda bahawa Baginda tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya. Sebab ape, sebab baginda bijak menjaga kesihatan dan mengambil berat soal permakanan. Anda suka makan kan? Makan Untuk Hidup, Hidup Untuk Beramal..
Rasulullah tak akan makan:
1)Ikan + Daging
2) Susu + Ikan
3) Telur + Ikan
4) Ikan + Salad
5) Susu + Cuka
6) Susu + Daging
7) Susu + Buah (Cocktail)
8) Ayam + Susu
Amacam???..ade x lam diet sharian korang?mesti ade gk kan??so..jauhkan la untuk kesihatan kita...
ANTARA TIPS CARA MAKAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH:
- Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
- Jangan sesekali tinggal makan malam .. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
- Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan mempercepatkan kita mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam terkandung ion positif sedangkan dalam ikan pula mengandung ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
- Selain itu juga,Nabi juga turut mencegah seseorang itu meniup air yang panas.Menurut para ilmuan,molekul karbon dioksida (CO2) yang dihembus ke dalam molekul air (H2O) akan membentuk asid (CH2O3) yang boleh membahayakan kesihatan.
Berikut adalah beberapa garis panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam mengekalkan kesihatan kita.Antaranya ialah:
- Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan kurus dan tak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air yang berisi ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminitsetelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah yang mengandungi oksigen akan mengalir ke ruang tersebut.
- Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari-jari tersebut. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan yang membantu percernaan makanan)
"Barang siapa yang mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"
Akhir kata,renung-renungkan dan selamat beramal..