Baby haiwan macam baby manusia juga bila baru lahir tak tau nak buat apa. Mereka boleh mati kelaparan dan kesejukan serta terdedah kepada ancaman musuh. Perlindungan ALLah s.w.t menetapkan bahawa haiwan-haiwan dewasa akan memerhatikan yang kecil dengan segala bentuk pengorbanan....
Mereka dianugerahkan naluri untuk menyelamatkan anak-anaknya dengan membawa lari ke tempat yang aman. Jika mereka tidak mampu, mereka akan bertindak menjadi buas dan ganas terhadap pengancam. Burung dan kelawar menyerang pengancam yang mengganggu anak2 mereka.
Sekawanan keldai liar, serigala dan kuda belang akan membahagi peranan antara mereka untuk melindungi anak2 dan serigala mengusir pengancam degn gagah berani.


Ibubapa kita (manusia) pun sama, pelbagai usaha dilakukan utk keselamatan anak-anaknya, dipasangkan gril, cctv, pengawal keselamatan, atau mengusung anak-anak , dlm dukungan la sambil buat kerja, semuanya nk memastikan anak2nya selamat. Untungnya kita ni dianugerahkan Allah akal, yg bila besar nanti boleh balas balik jasa ibubapa, atau setidak-tidaknya dgn menjaga anak2nya seperti mana dia dijaga semasa kecil....

Insaflah !!...jika tak mampu membela anak kerana malu atau tiada duit, serahkan pada orang lain, masih ramai sangat yg mengimpikan anak tapi tak dapat.
Janganlah ada lagi yg buang anak, jangan buang anak!
Kesian nabi kita Nabi Muhammad s.a.w yg tinggalkan kita dgn panduan hidup terus daripada Allah dan hadis2nya ...jangan sia-siakan...kita nk hidup bukan lah lama sangat....nanti tak tertanggung di akhirat.....sama-samalah kita sedari, nasihati, perbetulkan masyarakat kita ...supaya kita tak termasuk golongan jahiliyyah..nauzubillah himinzaalik.