PANDUAN KEIBUBAPAAN 1- Akil Baligh

Sebagai ibu bapa, tidak semua berupaya menjelaskan tentang perkembangan seks anak-anak mereka baik anak lelaki maupun kepada anak perempuan. Anak-anak pula tertanya-tanya apa yang bakal berlaku kepada mereka bila ustaz atau ustazah di sekolah mengajar bab toharah sambil tersenyum-senyum atau dengan sangat serius sekali.  Jadi dengan rasa tanggungjawab marilah kita terokai diri atau  anak-anak melalui panduan berikut.

Akil Baligh Untuk Lelaki dan Perempuan

Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.

Definisi
Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.


Untuk lelaki :
  • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
  • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut
    serta suara yang lebih garau
  • Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh
Untuk perempuan :
  • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
  • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta
    punggung membesar
  • Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda
    akil baligh
Bilakah saya akan mencapai akil baligh?
Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :
  • Nutrisi yang lebih baik
  • Stres
  • Bahan kimia di dalam makanan
Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?
Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, mengandung dan lumba haram.

Apakah peringkat akil baligh saya?
Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali
sebagai Peringkat Tanner.
Tahap Tanner :
  • Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)
  • Lelaki - Bulu kemaluan
  • Perempuan - Payudara
  • Perempuan - Bulu kemaluan

Adakah saya mempunyai masalah tentang akil baligh? Persoalan ini timbul apabila anda atau anak anda belum menunjukkan petanda fizikal yang dimaksudkan.

Akil baligh dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.

Akil baligh yang awal
Kelewatan akil baligh
Definisi
  • Perkembangan seksual berlaku sebelum umur 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki
  • Tidak ada tanda perkembangan seksual pada umur 13 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki
Penyebab
  • Penyakit otak seperti tumor atau kesan masalah penyakit otak yang lalu
  • Keturunan
    (berlaku dalam keluarga)
  • Keabnormalan kromosom (genetik)
  • Penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, hati dan darah
Tanda - tanda dan gejala
Kanak-kanak Perempuan:
  • Pembentukan payudara berlaku sebelum umur 8 tahun
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak dan kemaluan.
  • Kitaran haid bermula awal
Kanak-kanak Perempuan:
  • Tiada/ kurang pembentukan payudara pada umur 13 tahun
  • Jarak antara pembentukan payudara dan kitaran haid bermula lebih dari 5 tahun
  • Kurang bulu kemaluan pada umur 14 tahun
  • Ketiadaan permulaan kitaran haid pada umur 16 tahun
Kanak-kanak Lelaki:
  • Pembesaran awal pada zakar dan testis
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak, kawasan kemaluan, misai dan janggut
  • Perubahan suara yang awal: lebih garau dan dalam
Kanak-kanak Lelaki:
  • Kurang perkembangan pada testis pada umur 14 tahun
  • Kurangnya pertumbuhan bulu pada umur 15 tahun
  • Perkembangan pembesaran alat genital (kelamin) melebihi 5 tahun

Diagnosis
Apakah yang boleh doktor lakukan?
  • Doktor anda akan mengambil sejarah perubatan dari anda dan/atau ibu bapa anda.
  • Pemeriksaan fizikal akan dijalankan.Siasatan akan dibuat seperti melakukan ujian darah, x-ray dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang punca.
Rawatan
Bagaimana perubahan ini boleh dihentikan?
Terdapat 2 pilihan:
  • Merawat penyakit dasar/sebenar (seperti tumor pada ovari dan otak)
  • Terapi hormon untuk merawat hormon yang tak seimbang
Bagaimanakah saya boleh kembali setanding atau sama dengan rakan-rakan yang lain?
Rawatan hormon yang khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor anda bergantung pada:
  • Umur, keseluruhan sejarah kesihatan dan perubatan anda
  • Tahap keadaan penyakit
  • Pendapat dan kehendak anda
Keputusan / kesan
Pengesanan dan rawatan awal akan menghasilkan keputusan yang baik.
 Info Sihat
Sumber : Info Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tag : Articles
0 Komen Untuk "PANDUAN KEIBUBAPAAN 1- Akil Baligh"

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.

Back To Top