Kisah Pembeli Kereta Teraniaya Dengan Sindiket Pemalsuan Dokumen.. Mohon Viralkan!!

Kisah Pembeli Kereta Teraniaya Dengan Sindiket Pemalsuan Dokumen - Satu luahan dari seorang pembeli kereta, Bard Rahman menjadi viral di media sosial. Secara pendeknya, Bard Rahman kini pening memikirkan nasibnya yang sudah buntu kerana perlu membayar cukai kereta sebanyak RM116,000 dan juga loan RM134,000 walaupun keretanya telah disita oleh Kastam kerana terdapat pemalsuan pada dokumen cukai keretanya.

Kisah Pembeli Kereta Teraniaya Dengan Sindiket Pemalsuan Dokumen.. Mohon Viralkan!!


Difahamkan sebelum membeli kereta jenis Mitsubitshi Grandis pada dua tahun lepas, Bard Rahman telah pun membuat semakan di JPJ Bangi untuk mengesahkan kereta yang bakal dibeli sudah dijelaskan cukainya dan sistem komputer mengatakan cukainya sudah jelas.

Kereta terbabit dikatakan berasal dari Langkawi sebelum dimasukkan ke semenanjung.

Setelah dua tahun, kereta Grandis itu disita oleh Kastam yang berkata dokumen cukai keretanya telah dipalsukan dan kini Bard Rahman buntu kerana dia terpaksa membayar cukai kereta tersebut berserta dengan loan kereta walaupun ia telah disita.

Baca luahan lengkap dari Bard Rahman.

-LUAHAN KISAH SAYA YG TELAH DIANIAYA-



PROSES PEMBELIAN

Pada tarikh 21 Oct 2011 saya telah membeli sebuah kenderaan mitsubitshi grandis bernombor pendaftaran WVX9409 di sebuah kedai kereta terpakai yang bernama Sanyu Auto Sdn Bhd beralamat Lot317, Bt 12 3/4, Jln Cheras, 43000 Kajang, Selangor dengan harga RM144,000.00. Pihak kedai menguruskan pinjaman saya dengan Public Bank Berhad sebanyak RM134,000.00.

Kereta tersebut berasal dr Langkawi dan telah masuk ke semananjung. Pihak kedai telah mengemukakan dokumen cukai tersebut kepada saya tetapi utk kepastian sy telah membuat semakan di JPJ Bangi akan kesahihan kereta ini sebelom membeli. Pegawai JPJ yg bertugas ketika itu mnyemak didlm sistem komputer dan mengatakan kereta tersebut telah memasuki ke semenanjung dan segala cukai telah dibayar. Oleh yg demikian sy yakin dan membeli nya dan mngunakan selama 2 tahun.


KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Namun pada 21 Oct 2013 pihak Kastam Diraja Malaysia telah menyita kenderaan saya dan mengikut pegawai Pn Ewa Bt Mohd Yussoff mengatakan bhwa kenderaan sy disyaki tidak membayar cukai kerana terdapat pemalsuan dokumen K1 oleh pihak yg tidak bertanggunjawab.

Oleh yang demikian saya terpaksa menyerahkan kenderaan saya dan memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak Public Bank Berhad. Menjadi persoalan bagaimana dokumen palsu seperti ini mudah melepasi Kastam Diraja Malaysia sehingga pihak JPJ boleh mengatakan bahawa segala cukai telah diselesaikan dan seterusnya pihak bank boleh diperdaya dengan maklumat2 ini atau mungkin terdapat org dalam yg bersekongkol dengan sindiket tersebut.
[post_ads]
Sehingga kini kes saya masih di dalam siasatan pihak JKDM Putrajaya dan sy telah berjumpa dengan Pegawai yg bertugas iaitu Tuan Wong selaku Ketua Bahagian Pencegah & Penilaian, beliau memaklumkan tiada apa yang boleh dibantu dan hanya meminta saya membuat bayaran sedangkan mereka mereka tahu terdapat sindiket yang melakukan kerja terkutuk itu. Namun pengguna mcm sy yg akhirnya dipersalah dan dibebani dengan cukai sebanyak RM 116k dan hutang pinjaman yg perlu dibayar.


PIHAK PUBLIC BANK BERHAD

Sejak dari tarikh penyitaan kereta tersebut, saya telah menangguhkan bayaran pembiayaan kereta tersebut bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik berhubung masalah ini.Namun pihak bank tidak dapat mempertimbangkan perkara ini sehingga menyebabkan nama saya telah disenarai hitamkan di dalam laporan kredit yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Sy telah mmbuat aduan kepada pengurus Mr Teo CH Public Bank Taman Maluri namun tiada jawapan penyelesaian. Kemudian sy berurusan pula dgn Ketua Bahagian Kredit Public Bank K Lumpur iaitu Pn Saraswatie namun beliau sekerasnya meminta saya menyelesaikan hutang agar tidak disenaraikan bankrupsi .

Setahu saya juga pihak bank juga perlu memeriksa dan memastikan segala butiran dan dokumen pembelian sebelom meluluskan pinjaman kepada saya.

Selain itu sy juga berurusan melalui website aduan dengan pihak Bank namun mereka menjawab dengan jawapan yg sama dan mmberi amaran untuk menyelesaikan cukai kastam tersebut.


POLIS DIRAJA MALAYSIA

Sehubungan dengan itu saya telah membuat laporan polis akan perkara yg terjadi di Balai Polis Pelabuhan Klang namun tiada tindakan susulan dr pihak bekuasa tersebut. Amat mendukacitakan apabila pihak bekuasa seperti ini tidak menghiraukan kes jenayah komersial seperti ini.


KPDNKK

Saya juga telah membuat aduan di KPDNKK putrajaya atas masalah sy ini tapi mereka tidak dpt membantu dengan alasan diluar kuasa mereka sedang kan setahu sy kementerian ini seharusnya membantu pengguna2 yg teraniaya seperti sy.


KESIMPULAN

Setelah 2tahun kes ini masih belom selesai dan mnjdi masalah kepada saya ini kerana ia menyukarkan saya untuk membuat pinjaman untuk rumah mahupon kereta. Sehingga kini sy terpakse menumpang di rumah ayah sy.Lebih menyedihkan lagi name isteri sya juga terlibat selaku gerentor pinjaman kereta tersebut. Kami tidak mampu lagi membuat ape2 pinjaman dengan mana2 bank.

Kami membeli kereta utk keperluan bukan utk ditipu sebegini. Sy mohon kan keadilan sbb sy telah dianiaya oleh pihak2 yg tidak betanggungjawab ini .

Akhir kata dr sy bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dan terlepas dr pihak kastam dan pihak bank?

Apa yang saya perlu buat? Siapa yang boleh bantu mohon hubungi saya.
Sekian dr saya yang runsing.

Ahmad Bakhtiar B Abdul Rahman


MOHON BANTUAN SEMUA!!!!-LUAHAN KISAH SAYA YG TELAH DIANIAYA-PROSES PEMBELIAN Pada tarikh 21 Oct 2011 saya...
Posted by Bard Rahman on Friday, September 11, 2015

{ 11 comments.. read them below or add one }

HAMIDIsP HAMIDIsP September 14, 2015
Kesian. sedangkan TPM pun boleh ditendang macam bola, inikan pula rakyat biasa..
cikmatgelap cikmatgelap September 14, 2015
mintak bantuan kat peguam2 yg handal dari pakatan rakyat,parti amanah ke,parti dap ke atau pkr ke....klu mereka tak boleh bantu kau....kau suruh dia org bubar je parti dia org tu,klu tak boleh tolong org yg perlukan bantuan jgn heboh2 kata nak berjuang demi rakyat
AnonymousAnonymous September 14, 2015
Rakyat sudah hilang kepercayaan !
AnonymousAnonymous September 14, 2015
Mana pemimpin-pemimpin politik yang memukau rakyat dalam pilihanraya dengan cogan kata "Rakyat Diutamakan" ? Bila sudah hidup senang, mereka lupa rakyat !
AnonymousAnonymous September 15, 2015
hanya meminta saya membuat bayaran sedangkan mereka mereka tahu terdapat sindiket yang melakukan kerja terkutuk itu...kesemua nya ialah pasl nie negara pasir berdengung..oleh itu berdoa la kalian agar negara nie jadi padang jarak padang terkukur pun bagus jugak..pasal banyak sangat maksiat; kejahatan, kerdurjanaan berlaku --- tinggang terbalik pun kira ok apa!!!
gajimati gajimati September 15, 2015
saman saja Kastam, JPJ & Bank .... kerana dianggap bersubahat menjual kereta pada anda dengan memberi maklumat palsu.
AnonymousAnonymous September 15, 2015
Telah buat aduan di Mahkamah Pengguna? Apa tindakbalas Mahkamah Pengguna ...
AnonymousAnonymous September 15, 2015
Cik mat gelap.
cik mat ni kurang cerdik...dalam masalah orang cik mat sanggup mengeruhkan lagi keadaan dengan berpilitik murahan.
kalau nak di ulas kenyataan kurang cerdik cik mat tu..mudah saja bagi orang orang yang berfikir...sepatutnya kerajaan yang memerintah lah yang lebih dahulu membantu rakyat yg dalam kesusahan seperti ini, kerana cik mat dan saya yang mengundi umno sampai menang, dan kita mengharapkan umno bantu dalam hal ini.

Tapi..kenapa Cik mat suruh rujuk kepada pembangkang..? dangkal...dari tulisan cik mat..hati cik mat kotor...dan ada sifat bongkak.

Untuk Kes ini, En Ahmad Bakhtiar B Abdul Rahman boleh membuat lapuran di Jabatan Hal ehwal penguna, pihak Bank tidak perduli semua masalah yang En Hadapi, kerana yang mereka mahu ialah wang dan keuntungan mereka kembali, jika kes ini..penguna lah yang terpaksa menanggung....ini lah malaysia.



AnonymousAnonymous September 15, 2015
Anda boleh kemukakan masalah ini kepada peguam...mereka boleh buat..sdra Bard Rahman jangan putus asa..jangan kecewa..jangan biarkan diri tuan diperdaya...setiap masalah ada penyelesaian...Akhir kata...minta pertolongan dari Allah swt..selepas solat mohon pertolongan dari maha esa..- dari rakan tuan >shahabudin
AnonymousAnonymous September 15, 2015
Idea dari seorang yang otaknya sedang dimakan dek tikus
AnonymousAnonymous September 15, 2015
don't give up ... go to persatuan pengguna islam malaysia ... bawa sekali polis report tu ... RD5

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.