Apa Punca Parabola Tidak Dibenarkan di Malaysia?

Apa Punca Parabola Tidak Dibenarkan di Malaysia? "Parabola dikhuatiri menjadi ancaman Sosial dan Keselamatan" ..Itu kata Pensyarah Jabatan Teknologi Komputer dan Rangkaian, Fakulti Komputer, Media dan Pengurusan Teknologi, Kolej Universiti TATI, Mohd. Tamizan Abu Bakar

Penggunaan alat parabola secara haram di sesetengah kawasan untuk mendapatkan siaran televisyen tidak berbayar dikhuatiri akan mengancam aspek sosial, keselamatan dan ekonomi di negara ini.

Beliau juga berkata, kebanyakan siaran yang diterima oleh pancaran alat tersebut tidak ditapis dan tidak dikawal.
sebab parabola diharamkan di malaysia, kenapa kerajaan haramkan parabola

Katanya, keadaan itu mengundang impak negatif terutama dari sudut sosial kerana siaran yang mampu diterima oleh antena berkenaan adalah di luar jangkaan mengikut kapasiti alat tersebut.

“Semakin kuat signal, semakin banyak siaran yang dapat dipancarkan oleh parabola. Bukan sahaja siaran tempatan malah dari luar negara dengan bermacam-macam genre dan spesifikasi.

“Di negara kita, penggunaan alat ini adalah tidak dibenarkan. Kita hanya menggunakan penyedia perkhidmatan berdaftar sahaja kerana telah melalui prosedur tapisan dan kawalan kandungan siaran yang menepati piawaian Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, klasifikasi kandungan yang tidak dikawal turut menjurus kepada masalah melibatkan gejala sosial termasuk pornografi, perbezaan budaya dan gaya hidup, keganasan melampau serta kecelaruan agama.

“Apabila masyarakat dihidangkan dengan siaran-siaran yang tidak sepatutnya, kita khuatir ianya akan memberikan satu contoh ikutan tidak baik dan mengundang masalah yang lebih besar terutama aspek keselamatan.

“Dari sudut ekonomi pula, kewujudan parabola haram ini sebenarnya akan menggugat perniagaan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan. Dalam erti kata lain, ia juga akan menjejaskan aspek pendapatan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Tamizan berkata, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan dengan lebih proaktif di lokasi terlibat dan semua kawasan yang dikenal pasti menggunakan alat parabola secara haram.

“Tidak ada cara lain lagi, kerajaan perlu bertindak. Pantau semua tempat tidak kira di kampung, kawasan pedalaman atau di bandar sekalipun. Kita tak mahu kewujudan parabola haram ini dijadikan platform melakukan perkara berunsur negatif,” kata­nya.

{ 8 comments.. read them below or add one }

cikpuanyuz cikpuanyuz July 09, 2015
tapi bila guna siaran berbayar, siaran asyik berulangla plak...kerap plak tu..huhu
Admin Admin July 09, 2015
Di haramkan sebab xmasyukkkk
Unknown Unknown July 09, 2015
Penipuan terancang...mcm kata arwah P.Ramlee..Demokrasi terpimpin.....hahaha
AnonymousAnonymous July 10, 2015
UMNO KLU BAB2 X MENDATGKAN UTG KAT DIAORG MMG LA HARAM..SKANG NIH SABRI BUIH SIBUK NAK TTUP FB LAK..AP NYA BANGANG LA KEPIMPINAN MSIA NIIH...
AnonymousAnonymous July 24, 2015
sebenarnya... dah tak relevan lagi alasan tu... sebab kalau gunakan alasan tu bagaimana pulak dengan internet????.. kena haramkan jugak lah internet...
Tiksan Tiksan October 20, 2015
Zaman langit terbuka, bila lagi nak maju kalo main sekat-sekat, jiran kita Thailand, Indonesia lama dah beri kebebasan siaran tv dia banyak, sampai askar pun ada tv sendiri Malaysia bila lagi??? 2020 target negara maju
AnonymousAnonymous October 20, 2015
Buat Petisyen minta bebas guna Parabola
Unknown Unknown December 08, 2016
Pengalaman sy tgl d negara luar..even d sini pkai parabola bnyk chanel yg dpt tp siarannya sama mcm siaran brbayar d malaysia..cerita or movie brulang2 je..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.