Fuh! Wajah Gadis Ini Seiras Nora Danish

Wajah Gadis Ini Seiras Nora Danish - Pasti korang tak sangka kan wajah gadis manis ini hampir sama dengan aktres terkenal Nora Danish, betul tak? Kami lihat perbandingan gambar mereka pun masih belum dapat mengenal pasti mana satu Nora dan mana satu gadis manis itu.

Memang terkejut dibuatnya, sekali pandang dengan mata kasar mereka berdua boleh dikatakan pasangan kembar seiras. Hakikatnya, wanita yang berhijab maroon itu ialah Nazira Nazrin bukannya Nora Danish.

Foto yang diambil di sebuah laman portal hiburan ini dikatakan telah menjadi viral di media sosial dek kerana wajah mereka yang hampir 90% sama.

Mesti dha ramai peminat ni kan? Kalau dah rupa dan gaya pun macam retis, tak mustahil nanti turut sama naik namanya di dalam industri hiburan.

Apa-apa pun, wajah iras mereka berdua ini benar-benar membuatkan kami bergetar tulang rusuk. Anda pula bagaimana? Untuk mereka yang cuba-cuba nak mengayat si dia ini, pengumuman gadis manis ini telah pun dimiliki orang, dah bertunang tau! Harap maklum.

2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous July 08, 2015
Namanya lebih kurang sama dengan nama puteri Sultan Perak, Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizuddin Shah.

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.