MasyaAllah! Pelajar UniKL Maut Di Sungai Petani

Pelajar UniKL Maut Di Sungai Petani, Budak UniKL Maut, Pelajar UniKL Kemalangan Maut Di Sungai Petani, Pelajar UniKL Maut Di KM107 Lebuhraya Utara Selatan - Seorang pelajar UniKL maut, manakala ibunya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bersama tiga yang lain, terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 107 Lebuhraya Utara Selatan, dekat susur masuk Plaza Tol Sungai Petani Selatan di ini, pagi tadi.
Pelajar UniKL Maut Di Sungai Petani, Budak UniKL Maut, Pelajar UniKL Kemalangan Maut Di Sungai Petani, Pelajar UniKL Maut Di KM107 Lebuhraya Utara Selatan
ANGGOTA bomba dan JPAM membantu mangsa yang tersepit dalam sebuah MPV yang terperosok di bawah badan treler dalam kemalangan mengorbankan nyawa pelajar UniKL di Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Petani, hari ini. - Foto Omar Osman
Pelajar berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sejurus MPV yang merempuh bahagian belakang treler itu terperosok ke bawah badan kenderaan berat terbabit kira-kira jam 9.30 pagi.



Ketika kejadian, MPV dinaiki mangsa bersama ibu dan bapanya, selain dua rakan dipercayai cuba memotong treler di hadapan, namun gagal kerana terdapat kenderaan lain yang datang dari arah belakang sebelum tergesa-gesa memasuki semula laluan asal.

Jurucakap polis berkata, ketika cuba memasuki laluan asal itu, MPV terbabit merempuh bahagian belakang treler sebelum terperosok ke bawahnya, lalu tersekat pada badan kenderaan berat berkenaan dan diseret sejauh 30 meter.

Sepasukan anggota bomba turut dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pelajar UniKL Maut Di Sungai Petani, Budak UniKL Maut, Pelajar UniKL Kemalangan Maut Di Sungai Petani, Pelajar UniKL Maut Di KM107 Lebuhraya Utara Selatan
ANGGOTA bomba dan JPAM membantu mangsa yang tersepit dalam sebuah MPV yang terperosok di bawah badan treler dalam kemalangan mengorbankan nyawa pelajar UniKL di Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Petani, hari ini. - Foto Omar Osman


2 comments.. read them below or add one

guliroket guliroket January 23, 2015
aduhh..

sedih plak baca artikel nih..
AnonymousAnonymous January 24, 2015
Janggal rasanya perkataan MasyaAllah diikuti dengan peristiwa yang tidak baik, Perkataan MasyaAllah adalah digunakan apabila melihat sesuatu yang baik , mengkagumkan dan positif. Orang arab mesti pelik dengan orang melayu Malaysia bila guna perkataan arab pada tempat yang tak betul..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.