Parah! Kanak-kanak Dicampak Dari Tingkat Dua

Kanak-kanak Dicampak Dari Tingkat Dua - Assalamualaikum, sebuah pra sekolah di Taman Tasik Jaya semalam tergempar apabila seorang muridnya berusia 6 tahun telah dicampak oleh murid-murid lain kebawah dari tingkat 2. Mangsa Adam Fikri telah cedera parah selepas mengalami patah tulang pinggul, patah tangan dan kecederaan kepada dahinya.

Kanak-kanak Dicampak Dari Tingkat Dua


Mangsa dalam pejalanan ke bilik guru untuk bertemu ibunya telah bertembung dengan sekumpulan murid Program Pendidikan Khas Integrasi lalu mengangkat mangsa dan mencampak dia kebawah. Menurut seorang saksi “Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.

“Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.



Kanak-kanak Dicampak Dari Tingkat Dua


Mangsa kini sedang di rawat Hospital Tuanku Jaafar dan berada dalam keadaan stabil. Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid telah mengesahkan kejadian tersebut dan barjanji menjalan siasatan dengan secepat mungkin

2 comments.. read them below or add one

Sentiasa Panas Sentiasa Panas November 14, 2014
Wah! Perangai yang lebih teruk daripada Iblis!
Rika Oktavia Rika Oktavia November 18, 2014
Dasyat budak-budak sekarang ni.Pengaruh televisyen ni. Ingat mainan boleh dicampak-campak mcam tu :(

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.