Hukum Sebar Aib Peribadi Dan Mengutuknya Di Awam - Assalamualaikum, hukumnya adalah HARAM menyebarkan gambar peribadi yang pelbagai dan butiran peribadi terperinci wanita yang terlibat dalam perlanggaran kecil di Kuantan tempohari seperti gambar rumahnya, alamat tempat kerja, suami, anak yang tidak terlibat secara langsung. Di tambah lagi, mempermainkannya, mengubah-ubah gambar beserta penghinaan dan melucukannya.Tambahan pula pelaku sudah meminta maaf dan diambil tindakan oleh polis.
Jika keaiban itu TIDAK melibatkan maslahat awam maka TIDAK BOLEH disebarkan di awam. Jika melibatkan urusan pentadbiran awam dan kepentingan mereka, maka barulah wujud keharusan. Iaitu bagi tujuan meyekat kezaliman ke atas kepentingan ramai.
Apakah penyakit yang melanda manusia sehingga seolah tiada langsung kewarasan memikirkan kesan jangka panjang terhadap wanita & keluarganya?
Memang dia bersalah namun seseorang itu sentiasa boleh meminta maaf atas kesalahan NAMUN penyebaran luas & membuat gambar lucu berkenaannya adalah DOSA & PASTI akan merosak Ramadhan para pengutuk dan menyebar.
Isu pelanggaran tersebut agak kecil, kekasarannya memang salah namun masih dianggap sederhana (kerana tiada kontak fizikal seperti pukul badan, tetak leher etc) TETAPI melihat respon dan reaksi negatif awam terhadap kes tersebut sehingga mewujudkan page khas, manupulasi gambar dan mengkaji dan menyebar butiran peribadi lalu menghinanya itu mempamerkan masalah SIKAP pengutuk yang BESAR & LEBIH membimbangkan berbanding tindakan agresif individu wanita itu dalam kesnya. Cukuplah menasihatinya dengan tenang.
Sumber
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.