Video Tentera Israel Tangkap Peniaga Di Tebing Barat Palestin - Assalamualaikkum, video menunjukkan tentera Israel menangkap seorang peniaga Palestin bernama Ahmed Al-Ashqar di kedai beliau di Tulkarem, Tebing Barat. Kenapa dengan tentera Israel ni? Suka-suka saja nak tangkap.
Di Tebing Barat askar2 dan polis israel boleh suka hati ke sana sini malah israel byk membina apartment2 di tanah milik negara palestin dgn laluan jalan raya yg langsung tidak bersambung dgn jalan raya palestine. Ini bermakna jalan raya itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan berpendaftaran israel. Pemerintah Tebing barat amat dayus sehinggakan mereka membiarkan sahaja tindakan israel. Tidak sprt Gaza. Israel amat takut kpd Gaza kerata pemimpin Gaza melindungi kedaulatan tanah mereka.
Yang sebenarnya Israel menggunakan tempoh gencatan senjata yang ada untuk mengesan segala rupa bentuk kekuatan Gaza dan segala macam cara untuk mempermudahkan usaha mereka melupuskan senjata dan menghancurkan kerajaan yang tidak mengikut telunjuk mereka. Pada perang yang lepas mereka tewas dengan taktik menculik kanak kanak dan jadikan ugutan kepada keluarga mangsa untuk menjadi tali barut mereka.
Pada kali ini mereka merancang sesuatu yang baru mereka menculik ketua keluarga dan dijadikan bahan ugutan kepada seluruh keluarga itu untuk mengikut kehendak dan telunjuk mereka dan perkara ini boleh menyebabkan perselisihan di dalam kesatuan itu sendiri. Israel cuba wujudkan duri dalam daging dan fitnah. berhati hati wahai saudaraku.
Ya Allah lindungi sentiasa keluarga kami yang berada di Gaza dan palestine amnya. Anugerahilah ketakutan dan perpaduan yang erat sesama kami umat islam ini seluruhnya amin.
Israel Tangkap Rakyat Palestin Di Tebing Barat by KingBravery