Apakah Wajar Tindakan Peniaga Membelasah Kucing Sehingga Hampir Luruh Semua Gigi?| Kucing Dibelasah Sehingga Hampir Patah Semua Giginya..Siapakah Manusia Yang Tak Berperikemanusiaan Itu? - Assalamualaikum, menurut Metro, seekor kucing telah menerima azab bilamana mulutnya hancur dan giginya hampir patah kesemuanya akibat dipukul kerana kesalahan mencuri ikan untuk mengisi perut. Owner kedai ni boleh dikatakan tak berpeikemanusiaan langsung.
Kejadian ini menjadikan orang ramai sangat marah dan menyifatkan ia adalah sangat keterlaluan hanya disebabkan seekor kucing mencuri ikan dari gerai peniaga tersebut di sebuah pasar di Selayang,
‘Posting’ berkaitan kejadian melalui sebuah laman blog popular yang dimuat naik di Facebook petang kelmarin, menerima lebih 121,075 likes, 30,000 komen selain 14,006 yang berkongsi ke laman masing-masing.
Rata-ratanya marah, malah ada yang mengutuk tindakan peniaga berkenaan selain meminta pembelaan atas kucing itu.
Difahamkan, kucing berwarna putih oren itu, kini berada dalam jagaan seseorang yang menetap di Kajang.
Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid menganggap tindakan itu sebagai tidak bertamadun dan melampaui batas.
Ulasan : Saya berasa sungguh malu dengan tindakan peniaga tersebut. Apakah dia tiada perasaan kasihan terhadap makhluk Allah yang juga memerlukan makanan untuk hidup? Hanya disebabkan seekor ikan yang dicuri kucing, dia telah hilang perikemanusiaan dengan sanggup belasah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. dengan begitu teruk sekali. Jangan sampai nanti Nabi Muhammad S.A.W. tak mengaku umat sudah la. Tak dapat syafaat dari Baginda baru tau. Semoga beliau insaf dan memohon ampun dari Allah S.W.T.