KESIHATAN MUHAMMAD FIRDAUS, REMAJA OKU SEMAKIN PULIH


Dalam masa sebulan, perubahan fizikal remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, boleh dikatakan cukup mengagumkan.

Bayangkan, ketika ditemui pada 21 Jun lalu di Flat Taman Semarak, Nilai, dia dalam keadaan kurus-kering umpama ‘rangka hidup’.

Bagaimanapun, menerusi gambar terbaru yang dikongsikan Berita Harian, dia bukan sahaja lebih berisi, malah tampak ceria.

Laporan turut menyebut, Firdaus sudah dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jaafar, jam 9.40 pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Abdullah Hanapi, Firdaus akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan sementara terhadap remaja itu.

Hak penjagaan sementara selama sebulan itu dibuat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan Firdaus ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban.

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.