Manakah yang paling kita suka makan marjerin atau mentega? Kalau mak tentulah mentega....tapi lebih menggunakan marjerin berbanding mentega kerana marjerin dihasilkan daripada lemak tumbuhan, kandungannya kurang kolestrol berbanding mentega yg dihasilkan daripada lemak haiwan...ni fakta yg dipelajari di sekolah.
Rasa mentega lebih sedap kerana mengandungi susu. Makanan yang dihasilkan daripada mentega lebih sedap, contohnya bila menjelang raya, kuih di pasaran yg mengandungi mentega lebih laris walaupun harganya lebih mahal.
Daripada apa yang mak baca di satu blog, dikatakan marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Ramai pelabur melabur dalam industri menghasilkan makanan haiwan ini tetapi apabila ia sebaliknya menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur tadi mahukan wang mereka semula, lalu pembuat tadi mencari jalan apa yang patut dilakukan dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Marjerin adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Hasilnya suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

Apakah perbezaan antara marjerin dan mentega?
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya berbanding marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut info yang dikeluarkan oleh Kajian Perubatan Harvard.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Bercakap tentang marjerin, rupanya ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan yang paling membimbangkan, dari sudut sains marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan kita kena mengelak dari memakan marjerin dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Cuba lakukan ujikaji ini:
Dedahkan satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari perhatikan, adakah:
i. Serangga terutamanya lalat , paling khusus lalat buah akan datang menghurung ? (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada kita jika ia tidak menghurung!)

ii. ianya membusuk atau bertukar baunya ?
Semua perkara di atas, TIDAK BERLAKU APA-APA!
kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.
Cuba ambil bahai(beg plastik) leburkan dan sapukan ia ke atas roti. TAK SELERA!
Cuba ambil soft marjerin dan sapukan ke atas roti...SEDAAAAP!
Jumpa lagi...