Nombor Akaun Tabung Harapan Malaysia Telah Dihebahkan Kepada Umum


Nombor Akaun Tabung Harapan Malaysia Telah Dihebahkan Kepada Umum - Kerajaan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima dana daripada rakyat yang ingin membantu kedudukan kewangan kerajaan.

Perkara itu diumumkan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu sidang media khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, sebentar tadi.

Menurut Dr Mahathir, inisiatif itu adalah susulan inisiatif patriotik rakyat yang ingin membantu menyelesaikan hutang negara.

“Terdapat ramai rakyat yang apabila diketahui kedudukan kewangan negara sudah menjadi begitu buruk, mereka sanggup untuk memberi derma kepada kerajaan.


tabung harapan malaysia derma

“Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka ini, dan kita mengucapkan terima kasih kepada mereka," kata Dr Mahathir.

Menurutnya, kutipan dana tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

“Bagi menentukan derma-derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, kerajaan akan menentukan semua derma ini diberi kepada Kementerian Kewangan," jelas beliau.

Tambah Mahathir lagi, maklumat akaun akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa sumbangan kepada tabung tersebut boleh disalurkan melalui akaun Maybank 566010626452 atas nama Tabung Harapan Malaysia.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan bahawa hutang negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.

p/s : Bagi yang ingin membantu kerajaan baru, silakan.

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous May 30, 2018
PH , Tolong jangan samun Petronas ....

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.