Pencuri mati dibelasah penduduk taman

IPOH: Seorang lelaki disyaki mahu mencuri di sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Mas di sini, dibelasah beramai-ramai oleh penduduk taman itu sehingga mati.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, 19 Januari lalu, lelaki berusia 31 tahun itu dari Manjoi dekat sini, mengalami kecederaan parah di kepala dan dada serta dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Dia meninggal dunia jam 1.50 pagi, pada 22 Januari lalu.
Berikutan itu, polis menahan dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun di Taman Mas kira-kira jam 5 petang, Isnin lalu dan direman empat hari sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata siasatan menunjukkan kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod jenayah dengan seorang daripadanya berada dalam senarai orang dikehendaki untuk kes mencuri kenderaan di Bahau, Negeri Sembilan.


2012/01/26 Utusan Malaysia

1 comment... add one now

ZWAN SABRI ZWAN SABRI January 26, 2012
Aiseyh, tula.. Mencuri lagi.. kan dah mati kena belasah.. HUHU

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.