Wow!! Kutip Najis Musang Boleh Jadi Kaya-Raya
hyhhhLIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.
Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.
Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.
Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.
Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).
Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.
Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.
Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri. - AFP
Sumber-Kosmo
4 comments.. read them below or add one
Unknown
October 31, 2011
syoknya tiap hari dapat RM700! :)
Rai
October 31, 2011
kalau tak silap kat malaysia ada jugak musang ni.. tapi fatwa kata kopi tu haram..tak boleh minum sbb najis..tapi tak berapa nak ingat sangat lah..
Pacifista
October 31, 2011
memang kaya tapi tak tau halal atau haram duit kita jual najis tu nanti...
JAKA
February 16, 2012
kalau dh minum kopi tknak pahit apa maknanya.
minumlah madu lebah.
minum kopi memang nk kan pahit kopi tu baru sedap.
:- hamba hanya sampaikan pesanan puang tu kepada peminat tahi dia
minumlah madu lebah.
minum kopi memang nk kan pahit kopi tu baru sedap.
:- hamba hanya sampaikan pesanan puang tu kepada peminat tahi dia
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →