Pergh!! 600 Pembeli Rumah Rugi RM1.26 Juta Ditipu ‘Haji’



KUALA LUMPUR: Kira-kira 600 pembeli rumah kos rendah di Selangor kerugian RM1.26 juta apabila ditipu seorang individu bergelar ‘haji’ yang mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas sebuah parti politik yang memerintah di negeri terbabit.

Pembeli mendakwa lelaki itu menawarkan pembelian rumah kos rendah berharga RM42,000 di bawah skim kerajaan negeri dengan pembeli hanya perlu menyediakan bayaran pendahuluan lima peratus atau RM2,100, tanpa perlu membayar yuran guaman, selain diberikan pinjaman tanpa faedah daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, tiada seorang pun di kalangan pembeli yang kebanyakannya golongan pendapatan rendah seperti polis, tentera dan ibu tunggal, mendapat kunci rumah walaupun mereka sudah membayar wang pendahuluan diperlukan sejak Oktober tahun lalu.

Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan bergolok gadai untuk membayar wang pendahuluan itu tetapi hanya menerima beberapa dokumen, termasuk surat tawaran pembelian rumah di bawah sistem pendaftaran terbuka berpusat rumah kos rendah di Selangor menggunakan kepala surat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Pengerusi Gabungan Pembela Anak Selangor, Mohd Durrany Izam, berkata kerajaan Selangor perlu campur tangan bagi membantu menyelesaikan isu terbabit.

Katanya, ini disebabkan individu bergelar haji itu mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas parti yang diberikan tugas untuk mencari pembeli rumah kos rendah diberikan atas kuota politik.

“Laporan polis dibuat juga menunjukkan haji itu mengaku beliau bekerja sebagai pegawai tugas-tugas khas sebuah parti yang mengutip bayaran pendahuluan rumah kos rendah itu,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Difahamkan, lelaki bergelar haji itu mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas yang diberikan tanggungjawab mendapatkan pemohon bagi perumahan kos rendah di Taman Selayang Mulia di Gombak, Taman Cheras Intan Batu 9 (Cheras), Taman Harmoni (Hulu Langat) dan Taman Botanik (Klang).

Seorang pembeli rumah, Hasbullah Ismail, 40, berkata lelaki itu gagal dikesan sejak akhir Ogos lalu selepas dia menerima surat daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad pada 15 Ogos lalu memaklumkan penangguhan penyerahan surat perjanjian sewa beli dan kunci bagi rumah dibelinya di Taman Selayang Mulia.

p/s:isy..ada jugak orang Melayu berperangai busuk suka memburuk-burukkan imej orang Islam...

Sumber-BHO

2 comments.. read them below or add one

fizafantagiro fizafantagiro October 31, 2011
mcm mana sgt la nk mewah kalau hidup ngan menipu org..buat buruk nama islam jer.,

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.