Padan Muka!! Kena Tangkap Ketika Seronok Main Judi

Sebahagian kaki judi yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Ampang Jaya, Selangor semalam.
AMPANG JAYA – Keghairahan 34 kaki judi mempertaruhkan wang simpanan untuk dihabiskan di sebuah premis judi yang berselindung di sebalik pusat hiburan terbantut apabila kesemuanya ditahan dalam serbuan di Taman Muda di sini semalam.

Serbuan Ops Dadu pukul 1 petang itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan haram yang dijalankan di tingkat dua sebuah pusat beli-belah di taman tersebut.

Difahamkan, pemilik premis berjaya menarik minat orang ramai melaburkan wang mereka di situ apabila menyediakan khidmat judi secara talian dan mesin judi selama 16 jam bermula pukul 10 pagi. Premis itu juga pernah diserbu beberapa kali tetapi pemiliknya didapati masih berdegil.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 143 buah mesin judi dan 16 buah komputer yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian.-Kosmo

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.