MasyaAllah!! Empat pelajar sanggup rogol rakan sekolah sendiri



SUNGAI PETANI – Empat pelajar tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah menengah di Gurun dekat sini ditahan reman semalam dipercayai terlibat dalam kes rogol melibatkan seorang pelajar perempuan dari sekolah sama.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali (gambar) berkata, keempat-empat mereka berusia 15 dan 16 tahun itu didapati telah merogol rakan sekolah mereka di sebuah rumah salah seorang suspek di Gurun.

“Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan baru sahaja berkenalan dengan ahli kumpulan lelaki terbabit sebelum dibawa ke rumah salah seorang suspek.

“Mangsa kemudiannya dipercayai dirogol oleh keempat-empat suspek ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Hashim berkata, penahanan suspek dilakukan bagi meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku ini.

“Suspek dan mangsa masih dibawah umur dan kita menahan suspek untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan .

“Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Muda,” katanya.

Sumber:Sinar

{ 14 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown October 11, 2011
dasyat betul orang SP ni....hehehe
hyhhh hyhhh October 11, 2011
@Ahmad Haziq Azlan
hisy...kat mana pon terjadi benda camni..dia tak kira tempat dowh...
nurmisnan nurmisnan October 11, 2011
kenapalah senang sgt ikut org yg baru kenal...
Unknown Unknown October 11, 2011
jgn la ikut sorang²...xpatut....kena berhati²
AnonymousAnonymous October 11, 2011
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali (gambar) berkata..hahhahahhaha
ako0078 ako0078 October 11, 2011
tu pasal anak pmpuan kena jaga pergaulan dgn lelaki..ni smpi ikut blk umah..
AnonymousAnonymous October 11, 2011
ni memang peragai remaja liar..mereka patot diajar agama..

mahasiswi malaysia ditumbuk dan dikelar perompak
Ash serah Ash serah October 11, 2011
bahaya tu,..... pompuan pum sama jgk,.. gatai p ikup sapa suh
RinnAzrinah RinnAzrinah October 11, 2011
umat akhir zaman... nauzubillah!... mcm2 laaa...
miss jambu miss jambu October 11, 2011
yg perempuan tu dok ikut bdk lelaki yg baru di kenali apa hal??

tpi kalau kes bdk bawah umur,suka sama suka pun ttp di kira rogol kan.....betul ke??


Jom baca entri genk

BUKAN TAK BANGGA,TAPI TAKUT ORANG TAK FAHAM

KENALI GENK DENGAN LEBIH RAPAT,JOM BACA BIODATA
Yaya Azura Yaya Azura October 11, 2011
adik2 perempuan semua...semoga pandai jaga diri..jg bats pergaulan..jgn mudah percaya kat org..apatah lg ngan org baru kenal..cari naya namanya tu...
Pacifista Pacifista October 11, 2011
pelajar akhir zaman...
Nur Lavender Nur Lavender October 12, 2011
bdk2 skang berani jerk nk wat bnde2 tu..huhuhu
Omar Omar October 13, 2011
Dedua salah dalam kes nih...

perempuan tu ikut lelaki tu watper...

lelaki tu, hadoi~ malas aku nak maki org pepagi camnie..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.