Bob Lokman Diseret Ke Balai Polis Kerana Sampaikan Tazkirah Tanpa Tauliah

 
 
 
      Pelawak, pengaracara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

     Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

     Beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut pada masa ini.

     Sebarang maklumat lanjut, katanya, boleh dirujuk kepada seorang pemimpin Pemuda PAS.
Sementara itu, seorang pemimpin kanan dewan itu memberitahuMalaysiakini, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan diminta memberi keterangan kepada JAIS pada jam 10 pagi nanti.

     Setakat ini belum jelas sama ada mereka juga turut ditahan bersama Bob semalam.
Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kemada hadirin surau itu malam tadi



Sumber lain:

JKKK Fan Club
.:::DIALOG BOB LOKMAN DGN JAIS MALAM TADI:::.
"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut. Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak... tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.
"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!....MEMANG KEMAH JAWAPAN BOB LOKMAN KITO BOH.LAWAN ABANG BOB ANAK MUDA BACK UP KITER DOP PE'COH CUMA MARI POLIS JER JADI BE'GAHRR...k.b.t-jkk kikiki

FB US. RIDUAN MOHD NOR




Bob Lokman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,berlaku perang mulut yg dahsyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu....sakitnya tanahairku..


{ 9 comments.. read them below or add one }

nurmisnan nurmisnan October 11, 2011
kita lihat sikap orang islam sendiri.. banyak lagi perkara
yang lebih teruk tentang islam di pijak di hina tapi tidak
pula sibuk nak tangkap masuk balai atau debat kes..

bila beri ceramah sikit dekat surau dengan tujuan utk islam
pihak agama nak buat report masuk balai.. apa nak jadi...
AnonymousAnonymous October 11, 2011
kite nie manusia biasa...kita xlari dari melakukan kesilapan...ape yg bob buat tu...klu kne cara nye alhamdulillah...tp xkne cara sbb tu ditahan...negara nie ade undang2...btul la sbb xbertauliah die ditahan...bkn xbg die wat tazkirah...tp tkot disalah ertikn ble memberi tazkirah...ilmu agama nie bkn sume org pandai...skurang2nye dptkn la tauliah tu...agar org tau die ditauliah,diberi kepercayaan,diyakini mampu menjalankn tugas dgn baik...bkn sngaje diorg nk tahan2...cube tgk mufti2 kte...sume ade tauliah...sbb tu org yakin...niat bob tu da betul la tu...tapi cara salah...wallahualam.
manmala manmala October 11, 2011
inilah masalah kita di malaysia ni. org ajk kepada maruf di tegah dengan pelbagai macam undang2. nak menyanyi utk konsert senang je lulus. MASYAALLAH.
EG EG October 11, 2011
entahla. no comment.
AnonymousAnonymous October 12, 2011
walapun xkena cre...tpi die mengajak kepade kebaikan klau nak dibandingkan dengan mengajak pergi konsert
Unknown Unknown October 12, 2011
Kan dah gtaw sbb TANPA TAULIAH.. Ilmu agama klu dibuat suke2, bkn ke nnt kite semua tanggung bile TERsalah salah tafsir.. Klu BOB d pihak benar, InsyaAllah xde masalah.. Doakn yg terbaik utk diri sendiri,BOB & seluruh umat Islam.. Amin..
adiadi October 21, 2011
@MissCt a.k.a MuqDeq seuju....kalau betul nak bagi ceramah...mintak lesen atau kebenaran dahulu...pastu p la buat ceramah...orang takkan halang...JAIS hanya risau jika segala ceramah yang di beri ada menyimpang dari landasan sebenar...tu je...sebagai langkah awal daripada akan datang menyimpang lebih jauh...nanti bila dah menyimpang di marah JAIS juga kenapa tak halang awal2...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.