Lelaki Kantoi Sembunyi Dadah Dalam Perut

Lelaki sembunyi dadah dalam perut dipenjara


AYER KEROH - Bermula dengan hanya hukuman penjara dua bulan bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan, seorang banduan terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara atas kesalahan menyembunyikan 26.52 gram pelbagai jenis dadah di dalam perutnya pula.

Toh Kok Soon, 31, dihukum penjara selama empat tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam selepas dia mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan termasuk satu pertuduhan tambahan yang disabitkan ke atasnya.

Hukuman dijatuhkan Majistret Muhammad Hazri Hanafi terhadap tertuduh dari Muar, Johor dalam pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus. - SH MNS/ Siti Shahrosamirah Shaharman

Sumber-Sinar

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.