Kesian, Menderita Disebabkan Kekejaman Bapa Tiri Mendera Selama 10 Hari

 
 MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat, semalam

ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.

Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.

Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.

Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.
 
Sumber:Harian Metro

4 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown October 11, 2011
rasa macam nak debik je laki tu
hyhhh hyhhh October 11, 2011
@Ahmad Haziq Azlan
debik jer terus...takyah tunggu2
Kancil 8349 Kancil 8349 October 12, 2011
manusia dah makin teruk....binatang yang tidak berakal pun menjaga anaknya...niekan kita manusia...semoga ia memberi pengajaran kepada yang lain
AnonymousAnonymous October 12, 2011
ni saheh bukan lagi manusia...perangai lebih teruk dari binatang..ni jahanam punya manusia..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.