.

Archive Pages Design$type=blogging$count=7

.

Hangat!! Taktik Baru Bapa Ayam Promosikan Pelacur Kepada Pelanggan

CONTOH SMS yang dihantar sindiket. KUALA LUMPUR – Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan...

CONTOH SMS yang dihantar sindiket.
KUALA LUMPUR – Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit suami dan kekasih masing-masing berikutan terdapat satu taktik baharu bapa ayam dalam mempromosikan pelacur untuk lelaki berhidung belang. Sindiket yang berselindung di sebalik sebuah pusat refleksologi itu dilihat begitu bijak memperdayakan sesiapa sahaja yang membaca SMS tersebut kerana ia seolah-olah kelihatan seperti mereka sedang mempromosikan model kereta.

Kosmo! yang menjejaki premis di Salak Selatan di sini itu sebaik dimaklumkan mengenai taktik tersebut mendapati ia benar seperti yang didakwa.

Sumber memberitahu, antara SMS yang dihantar secara rambang itu ialah “Pelanggan dihormati, berkunjunglah ke bilik pameran kami di sini, terdapat 10 model kenderaan baharu yang sedia dipandu uji.”

Namun, maksud sebenar sindiket ialah untuk menjemput penerima SMS berkunjung ke premis tersebut manakala 10 model kenderaan itu pula merujuk kepada pelacur baharu.

“SMS tersebut sengaja direka begitu untuk mengelak kegiatan pelacuran di situ dari dikesan pihak berkuasa,” ceritanya ketika ditemui.

Terdapat juga kandungan SMS lain yang dihantar khusus untuk merangsang penerimanya supaya segera melanggan pelacur asing. Antara SMS itu termasuk:

“Terkini! Pusat servis kami kini mempunyai lima tenaga pakar dari luar negara yang sedia memberi perkhidmatan kepada anda. Dua mekanik dari China, dua dari Vietnam dan satu dari Thailand.”

Menurut sumber itu, mekanik yang dimaksudkan dalam SMS tersebut adalah wanita asing yang bertindak sebagai pelacur.

SUMBER:Kosmo

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

#savegaza aduan advertorial Agama anime Articles artis Astro automotif axia Bajet 2015 Bantuan barangan muslimah Ben Ashaari Berita biasiswa blog bloglist buah kurma Cerita contest dekorasi Doa Dota 2 drama melayu E-Sukan education Ekonomi ferrari gadget gambar geografi giveaway GST GTR R35 haiwan halal dan haram hiburan Hina Rasulullah honda iklan iklan raya informasi instagram Isu Semasa jadual kartun menghina kedah kemalangan kemalangan ngeri kesihatan kisah sedih koleksi petua kontes kreatif kucing lawak live Luar Negara majalah Makanan MH17 MH370 myvi Najib Razak nora danish nuffnang OST pelajaran pelik Perdana Perkembangan Gaza perodua pertandingan Proton PT3 PTPTN rakyat palestin cedera Resepi review segmen sejarah seni SEO Sinopsis sms pantun hari raya software Story sukan teka-teki teknologi tips tutorial video viral WW
false
ltr
item
dePalmaSP: Hangat!! Taktik Baru Bapa Ayam Promosikan Pelacur Kepada Pelanggan
Hangat!! Taktik Baru Bapa Ayam Promosikan Pelacur Kepada Pelanggan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/1017/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg
dePalmaSP
http://depalma-sp.blogspot.com/2011/10/hangat-taktik-baru-bapa-ayam-promosikan.html
http://depalma-sp.blogspot.com/
http://depalma-sp.blogspot.com/
http://depalma-sp.blogspot.com/2011/10/hangat-taktik-baru-bapa-ayam-promosikan.html
true
8165332860362019814
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock