Bapa Dituduh Bunuh Anak Tiri Berusia 6 Tahun

JASIN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia enam tahun.
Azman Abdul Rahman, 37, dari Lubok China, Linggi, didakwa membunuh Muhammad Firdaus Mohd Dan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah, kira-kira 3.30 petang, 10 Oktober lalu.

Ketika proses pendakwaan itu, Azman mendakwa tidak faham terhadap pertuduhan yang dikenakan kepadanya.

“Saya tidak faham, saya tidak membunuh,” katanya berhubung pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut seksyen itu, dia boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret, Siti Suriatey Mohamed Yusoff menetapkan sebutan kes 5 Disember depan.

Pada 11 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak maut dipercayai didera bapa tirinya selepas terdapat kesan cedera lama dan baru akibat dipukul.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia akibat kecederaan pada paru-parunya dipercayai dipukul dengan benda tumpul.

Sumber:Sinar

1 comment... add one now

Unknown Unknown October 24, 2011
teruknya bapa ni sanggup bunuh anak sendiri...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.