Astro Bakal Ada Pesaing Baru Iaitu Nilamas..Mungkinkah Harga Astro Turun Selepas Ini?

PETALING JAYA: Muka baru dalam industri televisyen digital, Nilamas Corp Sdn Bhd khabarnya telah berjaya memperolehi lesen daripada kerajaan untuk membangun dan menawarkan perkhidmatan televisyen digital kepada umum.
Nilamas mensasarkan suku kedua 2012 untuk melancarkan perkhidmatan baru televisyen berbayar.Dengan memperolehi lesen perkhidmatan ini, Nilamas kini akan bersaing dengan Astro dalam menawarkan pakej perkhidmatan televisyen digital berbayar kepada pengguna.

Adalah difahamkan, kos membangunkan rangkaian kabel akan menelan sehingga RM2 bilion untuk tempoh lima tahun dan Nilamas sedang mencari rakan kongsi untuk sama-sama membangunkan projek ini.Nilamas kini sudahpun memperolehi satu bangunan baru di Puchong bagi tujuan projek gergasi ini.

Berdasarkan laman web Nilamas, para pengarahnya adalah terdiri daripada Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin. Mereka juga adalah pemegang saham utama syarikat.Adalah difahamkan, perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Nilamas kepada para pelanggannya akan tertumpu kepada hiburan dan pendidikan secara interaktif.

Difahamkan juga, pelancaran penjenamaan projek ini akan dilakukan bulan depan.Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Nilamas memperolehi lesen untuk menawarkan perkhidmatan saluran berbayar televisyen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi pada 11 Ogos lalu.

Mereka turut memperolehi lesen kemudahan rangkaian yang membolehkan mereka membina rangkaian dan menawarkan perkhidmatan kepada umum untuk tempoh lima tahun.Pengambilan kakitangan telah pun bermula sejak dua bulan yang lalu dan berhasrat untuk mengukuhkannya sehingga 200 orang dalam tempoh tiga bulan dan 800 orang pada waktu perkhidmatan dilancarkan sepenuhnya.

Sumber:mStar

5 comments.. read them below or add one

Ismi Azraf Ismi Azraf October 22, 2011
Suatu tekanan dan persaingan apabila Nilamas mempunyai siaran dan rancangan yang sama dengan Astro.

Mangsa “Istikharah Cinta”
AnonymousAnonymous October 22, 2011
yup..betul tu,bile ader persaingan tu faham2 je.. laa..tp Nilamas ini jgn lah mahal sgt mcm stesyen TV berbayar kite yg satu tuu..ape namanya..ASTRO..haa..betul tu..ASTRO..Bil Astro ni mmg mengcekik darah..x padan nk bayar mahal2 tp siarannya asyik laa cite yg d ulang..Puii..
AnonymousAnonymous October 23, 2011
setuju anon! kalau murah sikit dari astro,sure ramai cabut lari + cerita pun hebat2. astrok akan kelam kabut ler lepas ni.(~geram naik tax~)
AnonymousAnonymous December 29, 2011
kebanyakan org amik astro sbb nk bola dan movie. setahu aku la, astro yg pgg hak penyiaran bola and movie kat negara ni.. xkn ade pesaing lain yg boleh dapat hak penyiaran ni salain dairpada pada astro.
AnonymousAnonymous April 07, 2012
sokong nilamas sbb astro mahal sangat,jika kena potong nk sambung balik kene caj pulok rm20.kalu gining tauke lembu jual kandang.......!!!

kite pakat belake try nilamas pulok .........weh.

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.